Thursday, 21 June 2012

"Di Sudut Kamar Hatiku"

Resah hatiku merindui
Terbayang-bayang anggun, senyum dan tawamu
Baru semalam rasanya bagai setahun
Pemergianmu tak tertanggung

Indah suasana tika bersama
Siang dan malam seolah di alam syurga
Cintamu itu cinta yang setulus jiwa
Dimana ku cari gantinya

Telah kulupa detik hitam selamanya
Yang menodai cinta kita
Tidak terdaya menahan takdirnya
Engkau abadi di dalam dada

Sepi dunia didalam riuh rendahnya
Pedih jiwaku tanggung derita
Patah hatiku kesalan tiada terhingga
Kau satu dalam berjuta

Kepada Tuhan tempatku taruh harapan
Engkau selamanya dalam bahagia
Cintamu itu biar kukenanginya
Di sudut kamar hatiku...

Sekadar coretan buat kenangan
Cerita kita di sini kuabadikan
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman


Artis: Jamal Abdillah

Notes:
Dimata menggambarkan akan kerinduan padanya, dihati abadi dia selamanya, kenangan akan kasih sayangnya kekal abadi.... semoga bersemadinya dia kasih tenang di sana... Al-Fatihah

Thursday, 14 June 2012

Jangan Hanya Bersabar , Bersyukurlah!!!

Petua kepada ketabahan hati dan kesabaran adalah "keyakinan". Dimana kesukaran itu selalunya membawa kemungkinan kepada akan hadirnya pada suatu hari nanti kemudahan.

Firman Allah swt: "Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan". [Alam Nashrah:5-6]

Dan begitu juga besarnya anugerah Allah disebalik dugaan yang kita lalui. Hati kita yang sabar dan tabah ini juga mampu untuk bersyukur kerana adanya hikmah dan ganjaran di sebalik dugaan itu. Mensyukuri setiap musibah yang Allah berikan kepada kita kerana Allah mengetahui pilihan terbaik bagi kita, kasih sayang Allah dan kebaikanNya dengan menimpa musibah, sekalipun mungkin Dia tidak menyukai musibah itu....

Sematkanlah dihati untuk memandang baik akan semua hal yang telah ditetapkan oleh Allah buat kita. Bangkitlah dengan semangat dan keyakinan hati yang tinggi untuk terus maju kehadapan. Kerana Allah menjanjikan kemudahan selepas berlakunya kesukaran.

KetetapanNya Merupakan Kepastian

Takdir adalah ketetapan Allah atas manusia samaada dari hal-hal yang baik mahupun yang kurang baik. Tidak ada manusia yang terlepas dari takdir Allah kerana tanpa ketetapan ini kehidupan manusia tidak akan pernah wujud. Anak yang dilahirkan ke dunia tidak mengetahui apa akan terjadi sebelum kelahirannya. Kita tidak boleh menetapkan dan memilih, tetapi Allah yang menetap dan memilihnya.

Allah menetapkan seseorang itu lahir dalam keluarga miskin @ kaya, beriman @ kafir, penyayang @ pemarah dan ketetapanNya sama sekali tidak bertentangan dengan keadilanNya. Takdir Allah membayangi perjalanan hidup setiap manusia. Allah sentiasa berada disebalik kesenangan, kesusahan, ketaatan dan dosa, kurnia dan dugaan. Semuanya berada dalam lingkungan ketetapan Allah kerana manusia memang tidak mungkin menetapkannya sendiri.

Firman Allah swt: "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptannya, sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah". [Al-Hadiid:22]

Allah tidak menetapkan kebaikan atau keburukan pada seseorang melainkan keadilan dan pengetahuan yang dimilikiNya. Jika Allah menetapkan hidayah pada diri seseorang, itu merupakan ganjaran ke atas keupayaan orang tersebut dalam mendekatkan diri kepadaNya. Ketika Allah menetapkan kesesatan pada orang lain, semata-mata kerana orang itu sendiri mahukannya.

Firman Allah swt: "... maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq". [ash-shaff:5]

Sekiranya Allah mengetahui adanya kebaikan pada diri seseorang, tentu Allah akan buat mereka mampu mendengar dan menerima petunjuk. Allah tidak zalim pada hambaNya.

Firman Allah swt: " Kalau kiranya Allah mengetahui ebaikan ada pada mereka tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar...". [Al-Anfaal: 23]

Dengan adanya yang menetapkan segala sesuatu merupakan perkara yang tidak mungkin dilepas pandang. Itulah sebabnya orang-orang mukmin diwajibkan mempercayai takdir. Keimanan terhadap takdir telah dimasukkan di dalam rukun iman yang ke-6, dimana harus diyakini oleh kaum muslimin dan beriman pada takdir yang baik da yang buruk.

Penolakkan terhadap salah 1 rukun iman menjadikan seseorang mukmin cacat keimannnanya dan membinasakannya, sedangkan tidak ada alasan pun yang mampu menolak ketetapan Allah dalam kehidupan ini.

Manusia sebagai makhluk yang memiliki ilmu tidak mampu menetapkan apa pun bagi kehidupannya. Kita mungkin boleh membuat perancangan, tapi kita tidak boleh memastikan secara mutlak bahawa rancangan itu akan berjalan seperti yang diinginkan. Seperti kata pepatah "manusia hanya merancang, Tuhan juga yang menentukan".

Jika manusia mempunyai kemampuan dalam menetapkan dan memilih, tentu setiap orang mengetahui secara pasti nasibnya di masa akan datang. Padahal, seseorang yang paling optimis pun tidak mampu untuk memberitahu secara pasti bagaimana nasibnya di masa akan datang.

Jadi, jangankan menetapkan nasib. untuk mengetahuinya pasti pun manusia tidak mampu. Ada pun Allah sajalah zat yang menetapkan segala sesuatu dan Allah bersifat Maha Mengetahui segala sesuatu.


References: Syed Alwi Alatas (2010) Iman terhadap Takdir. Bila Allah Menduga Kita. 48-49.

Wednesday, 13 June 2012

Sikap Redha & Kebahagiaan

Entah kenapa kebelakangan ini semakin hari minat membaca pada buku2 yang kebiasaannya jarang saya baca berbanding buku2 medikal telah membuatkan hati ini semakin kuat menerima ketentuan Allah buat saya... syukur..

Mungkin saya boleh sharekan sedikit berkenaan sebahagiaan bacaan yang membuatkan hati saya terus tenang apabila membaca buku ini.... katanya "Sikap Redha & Kebahagiaan".

Orang yang bijak menerima keadaan dan bersikap redha akan dijauhi dari KESEDIHAN. Pada masa yang sama, jiwanya juga lebih kuat dan tidak rapuh kerana beban atau ujian yang melandanya. Sementara orang yang tidak boleh menerima keadaan dan suka berandaian akan dihantui kesedihan dan penyesalan. Jiwanya akan menjadi lemah dan rapuh lalu terus menerus menyalahkan keadaan. Malah sikapnya yang tidak boleh menerima dugaan yang menimpa membuatkannya jatuh semakin dalam dan semakin lemah kerana kebahagiaan enggan meyapa dan menghampirinya.

Seperti yang disebut dalam hadis, ianya hanya akan membuka peluang bagi syaitan untuk mengganggu kita lebih jauh. Syaitan akan menyalahkan kita untuk menyalahkan takdir dan ketetapanNya. Kerugian ke atas kerugian dan kebahagiaan pun semakin perlahan meninggalkan hatinya.

Sebalikya, orang yang bijak menerima keadaan dan selalu bersikap redha, mereka akan lebih cepat pulih dari kejatuhan dan selalu bersikap redha, mereka akan lebig cepat pulih dari kejatuhannya. Mereka melihat dugaan yang menimpa dengan cara yang positif, masih boleh tersenyum dan tertawa dengan dugaan yang dialaminya. Bukan kerana mengabaikan keadaannya yang susah atau mengabaikan dugaan yang dialaminya, tetapi boleh melihatnya dengan cara yang berbeza.

Allah telah mentakdirkannya dan apa yang dikehendakiNya pasti terjadi. Ada baiknya kita menerima ketetapanNya dan tidak membuat andaian. Menerima dugaan dengan dada yang lapang dan penuh rasa reda.

Tidak perlu adanya kata-kata "andaian" mahupun kata-kata "kalaulah" kerana ianya tidak akan mengembalikan kenyataan yang telah ditakdirkan buat kita. Cukuplah dengan hanya berkata " sudah ketetapanNya" kerana dari kata-kata itu akan lebih memberi ketenangan dan kekukuhan hati kita yang mempercayai akan kekuasaanNya. Andaian yang negatif lebih mengeruhkan keadaan di mana ia akan melemahkan hati kita lantas terus menerus akan dibayangi akan kesedihan masa lalu. bayangan kesedihan masa lalu adalah kelukaan dan penderitaan yang tiada penghujungnya.

Janganlah sesekali mengeluh tetapi teruslah tersenyum agar terbit akan keyakinan hati yang tabah untuk terus mengharungi kenyataan hidup yang telah ditetapkan oleh Allah buat kita. teruslah bangkit dan janganlah sesekali meletakkan setiap yang terjadi pada diri kita itu sebagai sesuatu yang akan melemahkan kita untuk terus menerus.... hidup adalah perjuangan yang kita sendiri tidak tahu sampai ke mana penghujungnya... redhakan hati agar terus tersenyum dan bahagia sehingga ke akhir hayat.... Wallahualam....