Weekend di awal pagi anak2 dah breakfast bihun singapore masakan mummy... macam biasa kegemaran mereka jadi bertambah2lah mereka makan pagi nie... dan macam biasa selepas makan SB & PG dah keluarkan beg sekolah untuk mummy semak.. dalam masa yang sama di rumah kebiasaannya homework yang mummy beri buat SB pasti akan disiapkan olehnya.. so study utk 1jam sahaja seperti biasa... PG? pon tidak ketinggalan. Kalau diikutkan tiada kerja sekolah tapi sebab abang ada homework PG juga mahu... so macam biasa juga tiada tugasan lain melainkan mewarna dan main soduko mummy sementara mummy semak buku sekolah SB.
Dan.........seperti kebiasaan juga jika ada kelapangan pasti akan digunakan sepenuhnya membawa my lovely SB & PG ke tempat2 yang menjadi kebiasaan kami. Kali nie disebabkan cuaca tidak berapa baik.. jadi mummy bawa 2 anak kecil ini ke Mid Valley sahaja.
Seperti biasa PG yang fotokopi hobby dan minat yang sama dgn mummy pasti akan melihat kasut dan accessories yang berkaitan dgn pompuanlah katakan.... nasib baik SB sudah memahami dan macam biasa always comment ttg semua pilihan mummy & PG.
Kali ni PG nak beli boots .... warna pink macam biasa pilihan PG. SB dengan comment 'wauuu!! that's look elegant' PG ape lagi macam biasa bila dah dikata macam tue terus kata 'mummy!! I want this'... so dah adalah boots di almari kasut hari nie... PG siap kata mummy nak tak kasut macam nie... terfikir pula mummy nak pakai boots nie nak ke manalah mummy kamu nie sayang...
SB macam biasa tiada lain yang diminta melainkan ke MPH untuk membeli buku2 yang digemarinyer dan kebetulan ada sale SB beli 2 buku di MPH. Itu pun jenuh suruh tidur malam nie sebab nak habiskan membaca dulu katanyer... apapun mummy harap kamu dapat teruskan minat kamu itu sehingga dewasa yer...
Mummy macam biasa bila dah ke Mid Valley pasti ke market beli barang dapur.. cukuplah sedikit buat kita bertiga janji dapur di rumah sentiasa berasap walaupun belum ada Sirman... apapun keceriaan kami sentiasa berterusan walaupun kadangkala mummy kalut nak uruskan kamu pagi2 kan... love you kids....
Comments
Post a Comment