Sunday, 8 April 2012

Seindah Senyuman

Tiada apa yang paling menarik selain senyuman... apa yang membuatkan saya tabah melalui hari-hari ini melainkan senyuman. Anak2 menceriakan hari-hari saya biarpun kerja-kerja harian dan hakiki ditempat kerja kadang kala memenatkan namun melihat anak2 bagaikan menghembuskan nafas lega.. terus membuat keresahan hati reda lalu ianya terukirnya senyuman di bibir ini...

Hari2 semakin indah buat saya walaupun hanya anak2 sebagai peneman di hari2 ini. Melihat mereka membesar di depan mata membuatkan hati semakin kuat untuk terus bertahan selagi terdaya.

Semalam pada saya biarlah ia sejarah namun untuk jatuh tidak sekali-kali akan saya lakukan. Kadang kala bila di fikirkan Allah itu adil Dia Maha SegalaNya... Dia ada sebab musababnya mengapa kami masih bertiga... Hanya Dia sahaja yang tahu akan perjalanan seterusnya yang akan saya lalui... Dia sahaja yang akan tahu bila saatnya...

Teruskanlah Mummy untuk terus tersenyum... keceriaan itu hak buat dirimu...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.