Sunday, 22 April 2012

Cukuplah Jika Ianya Sekadar Meringankan Kesedihan Seseorangan..

Dalam hidup ini pada saya cukuplah jika dapat saya meringankan kesedihan seseorang... bukan mudah untuk meharungi hidup setelah perginya kasih yang terdahulu menemuiNya... takdir yang telah tersurat buat kita dan bukan semudah mata yang melihat berbanding kita yang melalui ujian ini... perginya mereka yang kita rindui buatkan kita sedar bahawa ianya hanya pinjaman buat kita sebagai hambaNya...

Saya percaya kita takkan dapat menghilangkan kesedihan yang dihadapi oleh yang 'berduka' itu. Cukuplah sekurang-kurangnya saya boleh memberi ketenangan serta sokongan bagi beliau terus yakin akan jalan yang harus dilaluinya...

Kadang2 bila difikirkan balik tak semua hambaNya akan diberi ujian sebegini... yakinlah wahai yang 'berduka' Allah memilih kamu kerna dia yakin kamu dapat mengharunginya dengan sebaik2nya...

Kesedihan akan kehilangan sememangnya mengambil masa yang lama... kita takkan menjangka bila akan kesedihan itu berakhir... hati selalu berkata duka ini membuatkan kita terkenang akan kebahagiaan lalu dan mengapalah bahagia itu tidak diteruskan sehingga kita menutup mata... dan mengapa kita harus melalui kehilangan ini...

Namun saya harap diberi pada yang sedang atau baru melaluinya terus tabah, bersabar dan sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan hati utk terus menerima kenyataan yang telah menjadi takdir buat kita utk bersendirian tanpa yang di kasihi... 'Mestiku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepadaMu, namun cinta dalam jiwa, hanyalah padaMu'.... hanya Allah tempat untuk kita mengadu... bersujud padaNya dan berdoa... semoga hadir kebahagiaan yang terbaik buat kamu... InsyaAllah... Aminnn....

Redakanlah kesedihan itu dengan airmata... pada saya tidak perlu dihalang airmata itu.. yang sedang 'berduka' itu perlu untuk menangis... hati saya kuat merasakan dia sedang melalui sangat2 yang paling sukar buatnya untuk melaluinya... semoga berhentinya tangisan dari yang sedang 'berduka' itu akan bangkitkan semangatnya untuk kuatkan hatinya supaya terus tabah mengharungi ujian2 seterusnya yang kita mahupun yang 'berduka' itu sendiri tidak ketahui bila & bagaimana ujian yang harus dilaluinya...

Biarkan 'berduka' itu 'berdiam seribu bahasa' pada saya itu adalah yang terbaik kerana tidak perlu memaksa... setiap manusia ada hak untuk berdiam... saya percaya akan sampai satu masa dia akan bersuara dan keluar dari rasa sunyinya itu.... kata orang tua2 'berdiam lebih baik dari bersuara' itu maksudnya seseorang itu ada sebabnya utk berdiam utk seketika.... bukan bisu tetapi saya yakin dia sedang mencari & sedang cuba memulihkan semangatnya yang hilang akan kasihnya itu...

Pada saya jika kita mahu memulihkan semangat akan kehilangan ini ada baiknya luahkan kesedihan itu pada seseorang selain kita bersujud padaNya... Cukuplah Jika Ianya Sekadar Meringankan Kesedihan Yang sedang Dilaluinya' .... yang sentiasa cuba memberi sokongan dan sharelah pengalaman itu bersamanya... jangan difikirkan hanya kita shj yang sedang bersedih tetapi sematkan lah dihati bahawa ' Ya Allah....Kini aku yakin bahawa bukan aku shj yang sedang diuji olehMu '....

Percayalah dan yakinlah dihati bahawa kesedihan bukan bermaksud kita dikejatuhan dan sematkanlah dihati bahawa kebahagiaan tidak perlu dinanti tetapi carilah kebahagian itu dengan sebaik2nya demi diri mengecapi kebahagiaan hingga ke hujung nyawa.... Hargailah apa yang kamu miliki disaat itu..

Kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu mahupun untuk mengubah akan sebuah kisah yang lalu. Namun jika Allah mahu kelmarinmu sempurna.... Dia tidak perlu mencipta hari ini....

Akhirilah hari2 itu sebaik2nya... kerna kebahagiaan itu tidak ditentukan oleh orang lain tetapi oleh dirimu sendiri... kuatkan hati... pastikan apa yang telah kamu lakukan pada hari ini akan menentukan kamu terus bahagia di masa depanmu...

Kebahagian adalah milik kepada mereka yang mempunyai impian... dan punya keberanian untuk berusaha untuk menjadikan ianya kenyataan... so jangan give-up.... nie dah panjang lebar dah menaip nie... kalau exam SPM nie conform A+....

Ngantuk nak lelap dulu esok sambung... tapi tajuk ape yer... hmmm.... zzzzzzz....


3 comments:

  1. semoga akk trus tabah...sy bru follow...ade sseorang telah "pergi" dr hidup akk ye..

    "sperti mana datangnya siang setelah malam, begitulah juga datangnya kegembiraan setelah kesedihan"...

    ReplyDelete
  2. Thanks mamaisma follow mumme...sebenarnya mumme dh ikuti blog isma sejak tahun kejadian yg paling pahit bg isma itu...masa tu mumme masih di usa.sambutlah salam persahabatan dari mumme yg sangat menyanjungi ketabahan isma membesarkan anak2...

    ReplyDelete
  3. Reena & MumMe : terima kasih dengan dorongan dan sokongan.. terlalu payah utk diluahkan cuma saya harapkan doakan kemudahan saya dalam membesarkan anak2 yang masih memerlukan ibunya ini... KasihNya 'di awan biru' membuatkan saya terus utk menulis bagi mengurangkan kesedihan yang dilalui...

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.