Wednesday, 25 April 2012

Di Sebalik Tabir Hati

Di sebalik tabir hati
Ku pandang renungan mata yang amat jauh
Renungan menyembunyikan sebuah kisah yang jauh disudut hatinya sayu
Ia sayu disebalik ujian pada kesetiaan & keredhaan

Disebalik tabir hati
Ku lihat akan rintihan sebuah hati
Tergambar akan sebuah pengabadian cinta yang abadi
KasihNya ia kekasih yang terdahulu menemuiMu Illahi

Di sebalik tabir hati
Kuharap ada ketenangan di sudut hati yang sayu itu
Agar dapat dibadikan cinta dan kasih kekasih di setiap sujudmu pada Illahi
Agar dirimu tidak terus melupakan kasih kekasihmu

Disebalik tabir hati
Terasa terlalu kerdil untuk mendampingi hati yang sayu itu
'Terlalu Sulit untuk diluahkan'
Kerna ia bicara untaian antara hati dan perasaan

Di sebalik tabir hati
Ku harap tidak disesali perasaan yang dimilki
Jangan ditangisi takdir dan ujian yang dilalui
Jagalah hati-hati dan perasaan yang masih kita miliki

Di sebalik tabir hati
Tangisan dari sekeping hati buat sekeping hati yang merintih
Kadang-kadang hati merasakan akan kehadiran
Namun perasaan dan hati tetap tidak pernah menjauhkan kasihNya kekasih 'Di Awan Biru'


Nukilan : KasihNya 'Di Awan Biru'

Monday, 23 April 2012

Terlalu Sulit Untuk Diluahkan

Terlalu sulit untuk diluahkan
Terlalu kelu lidah untuk terus bertanya
Mungkinkah hati takut akan hadirnya keceriaan buat seketika
Atau mungkinkah hadirnya ia hanya sekadar kebetulan

Terlalu sulit untuk difikirkan
Terlalu banyak kenangan yang menjadi bayangan
Mungkinkah hati hadirnya keyakinan tetapi tak berdaya untuk diluahkan
Atau mungkinkah ia takdir yang harus diuji terlebih dahulu

Terlalu sulit untuk kearah kebaikanMu Ya Allah
Terlalu banyak ujianMu ku diuji dengan airmata
Mungkinkah akan berakhir kesedihan dalam hidup hambaMu ini
Atau mungkinkah ia hadir buat diriku hanya seketika....

Terlalu sulit untuk di buka ruang hati untuk diluahkan
Terlalu sedih untuk meletakkan harapan
Mungkinkah harus terus berdiam
Atau mungkinkah harus dinantikan sahaja jika ia takdir buat hambaMu
Hanya DIA yang mengetahui segalanya... Ia rancangannya kerna ku adalah hambaNya...


Nukilan : KasihNya 'Di Awan Biru'

Sunday, 22 April 2012

Cukuplah Jika Ianya Sekadar Meringankan Kesedihan Seseorangan..

Dalam hidup ini pada saya cukuplah jika dapat saya meringankan kesedihan seseorang... bukan mudah untuk meharungi hidup setelah perginya kasih yang terdahulu menemuiNya... takdir yang telah tersurat buat kita dan bukan semudah mata yang melihat berbanding kita yang melalui ujian ini... perginya mereka yang kita rindui buatkan kita sedar bahawa ianya hanya pinjaman buat kita sebagai hambaNya...

Saya percaya kita takkan dapat menghilangkan kesedihan yang dihadapi oleh yang 'berduka' itu. Cukuplah sekurang-kurangnya saya boleh memberi ketenangan serta sokongan bagi beliau terus yakin akan jalan yang harus dilaluinya...

Kadang2 bila difikirkan balik tak semua hambaNya akan diberi ujian sebegini... yakinlah wahai yang 'berduka' Allah memilih kamu kerna dia yakin kamu dapat mengharunginya dengan sebaik2nya...

Kesedihan akan kehilangan sememangnya mengambil masa yang lama... kita takkan menjangka bila akan kesedihan itu berakhir... hati selalu berkata duka ini membuatkan kita terkenang akan kebahagiaan lalu dan mengapalah bahagia itu tidak diteruskan sehingga kita menutup mata... dan mengapa kita harus melalui kehilangan ini...

Namun saya harap diberi pada yang sedang atau baru melaluinya terus tabah, bersabar dan sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan hati utk terus menerima kenyataan yang telah menjadi takdir buat kita utk bersendirian tanpa yang di kasihi... 'Mestiku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepadaMu, namun cinta dalam jiwa, hanyalah padaMu'.... hanya Allah tempat untuk kita mengadu... bersujud padaNya dan berdoa... semoga hadir kebahagiaan yang terbaik buat kamu... InsyaAllah... Aminnn....

Redakanlah kesedihan itu dengan airmata... pada saya tidak perlu dihalang airmata itu.. yang sedang 'berduka' itu perlu untuk menangis... hati saya kuat merasakan dia sedang melalui sangat2 yang paling sukar buatnya untuk melaluinya... semoga berhentinya tangisan dari yang sedang 'berduka' itu akan bangkitkan semangatnya untuk kuatkan hatinya supaya terus tabah mengharungi ujian2 seterusnya yang kita mahupun yang 'berduka' itu sendiri tidak ketahui bila & bagaimana ujian yang harus dilaluinya...

Biarkan 'berduka' itu 'berdiam seribu bahasa' pada saya itu adalah yang terbaik kerana tidak perlu memaksa... setiap manusia ada hak untuk berdiam... saya percaya akan sampai satu masa dia akan bersuara dan keluar dari rasa sunyinya itu.... kata orang tua2 'berdiam lebih baik dari bersuara' itu maksudnya seseorang itu ada sebabnya utk berdiam utk seketika.... bukan bisu tetapi saya yakin dia sedang mencari & sedang cuba memulihkan semangatnya yang hilang akan kasihnya itu...

Pada saya jika kita mahu memulihkan semangat akan kehilangan ini ada baiknya luahkan kesedihan itu pada seseorang selain kita bersujud padaNya... Cukuplah Jika Ianya Sekadar Meringankan Kesedihan Yang sedang Dilaluinya' .... yang sentiasa cuba memberi sokongan dan sharelah pengalaman itu bersamanya... jangan difikirkan hanya kita shj yang sedang bersedih tetapi sematkan lah dihati bahawa ' Ya Allah....Kini aku yakin bahawa bukan aku shj yang sedang diuji olehMu '....

Percayalah dan yakinlah dihati bahawa kesedihan bukan bermaksud kita dikejatuhan dan sematkanlah dihati bahawa kebahagiaan tidak perlu dinanti tetapi carilah kebahagian itu dengan sebaik2nya demi diri mengecapi kebahagiaan hingga ke hujung nyawa.... Hargailah apa yang kamu miliki disaat itu..

Kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu mahupun untuk mengubah akan sebuah kisah yang lalu. Namun jika Allah mahu kelmarinmu sempurna.... Dia tidak perlu mencipta hari ini....

Akhirilah hari2 itu sebaik2nya... kerna kebahagiaan itu tidak ditentukan oleh orang lain tetapi oleh dirimu sendiri... kuatkan hati... pastikan apa yang telah kamu lakukan pada hari ini akan menentukan kamu terus bahagia di masa depanmu...

Kebahagian adalah milik kepada mereka yang mempunyai impian... dan punya keberanian untuk berusaha untuk menjadikan ianya kenyataan... so jangan give-up.... nie dah panjang lebar dah menaip nie... kalau exam SPM nie conform A+....

Ngantuk nak lelap dulu esok sambung... tapi tajuk ape yer... hmmm.... zzzzzzz....


Takmau Menangis...

Minggu nie ada mak... dapat juga tidur dgn mak 2 hari nie... lama tak tidur dgn mak. Terima kasih mak... terima kasih kerana tak henti2 memberi nasihat dan dorongan utk anak mak teruskan liku2 hidup ini... Minta maaf mak sebab susahkan mak sehingga hari nie... saya tahu mak menangis malam semalam tgk saya tidur sebelah mak.... kita sama2 simpan sedih yer mak tue sebab abah kata saya & mak sama pandai simpan rahsia...

Hari nie... seperti biasa niat dihati nak jogging tapi disebabkan kecederaan lalu di bahu kanan sakit semula dan terus buatkan niat utk jogging postpone ke pagi isnin.. harap2 sakit tak berulang lagi...

Malam nie sakit berulang kembali... hujan pulak malam nie... bahu semakin kerap sakit... masa driving tadi pon tahan sakit... kalau jumpa doktor nie conform minta buat ROM... apapun tunggu la doktor yer... selalunyer doktor bagi date kat patient nie dah terbalik patient yang request date... hmmm.... camner tue...

Esok harap2 sakit berkurangan sebab esok busy day... semoga dipermudahkan segala urusan saya... Amin....

Saturday, 21 April 2012

Bagaimanakah Hari2 Itu pasti akan sentiasa Indah??

Hari2 pasti akan saya pastikan ianya indah utk saya lalui agar saya terus tersenyum.. pada saya jika kita benar2 menghargai masa dan siapa sahaja disekeliling kita pastikan kita takkan terus menerus bersedih.

Gunakan masa yang ada bersama mereka... jgn difikirkan kesedihan & kesepian hidup tanpa kasihNya dia kekasih 'Di Awan Biru'.... ia adalah takdir yang telah tersurat buat kita dan nyatanya kita harus melaluinya tanpa mereka.

Saya pasti setiap apa yang kita lakukan pada hari ini adalah yang terbaik buat mereka tak kiralah pada ibu bapa, anak2 mahupun org lain... cukup lah sekadar melepaskan lega melihat mereka tersenyum gembira.... Kemudian di malam hari kita pasti akan terfikir hari ini adalah hari terbaik yang telah kita lakukan demi melindungi kekurangan & kesepian hidup yang kita lalui sekarang....

Hari2 saya terfikir bagaimana & apa yang saya harus lakukan supaya saya tidak akan terasa kesepian hidup tanpanya... bohong jika tidak hadir kesepian itu. Ada masa saya tak tahu ke mana saya pergi... ke mana fikiran saya... ada kala tiba2 airmata mengalir kerana rindukan kenangan2 manis lalu... Indahnyer jika Allah memberi peluang itu kembali kepada saya ..... Mungkinkah ada kebahagiaan itu lagi buat saya ini... sayunyer hati. Namun semuanya sudah takdir sebagai hambanNya... saya hanya perlu berdoa dan berharap semoga hadirlah kebahagian itu buat saya...

Sekarang ini seperti tahun2 yang sebelumnyer tidak pernah sedikit saya abaikan setiap yang diamanahkan.. walaupun kadang kala kesedihan namun semuanya takdir buat saya... saya harus mengharunginya demi anak2 tersayang... merekalah teman saya diwaktu ini dan semoga segalanya adalah yang terbaik buat kami... hilangkan kesedihan dan airmata yang menjadi rahsia hidup ini... semoga akan hadir yang terbaik sebagai teman yang memahami akan kesedihan lalu....

Hari nie.. balik shj dari jogging... balik jer ke rumah tgk anak2 dah bangun siap sengih tgk mummy buka pintu.. nampak sgt selalu tggu mummy he3... nak ajak anak2 jogging awal pagi tue rasanyer tak sesuai sbb dah tahu dah jap lagi bukan jogging lagi dah... jadi polis peronda tgk mereka berlari entah ke mana jap gie...

Menu breakfast pagi nie cucur tepung dgn ikan bilis... tgk anak2 makan sampai tak sempat sejuk kat pinggan satu2 cucur hilang dari mangkuk... hmmm...

Hari nie PG dah siap tanyer 'mummy hari nie kita nak pergi mana??' hmmm... hari nie kita duduk rumah jer la yer.. mummy nak rehat next week kita jalan2... petang nanti kita gie minum petang di kedai belakang apartment kita yer... he3...

Nak Buat Tajuk Ape nie?

Sebenarnyer bila mata dah jadi semakin kuyu nie... tajuk pon dah tak boleh fikir... hilang focus.. idea pon dah semakin blurrr... nampaknyer kena rehat dulu...

Apapun semua yang dilalui dan berlaku pada hari ni mungkin ada yang tersurat... kita tidak tahu namun biarlah dikekalkan gaya pemikiran yang sihat.... biarlah ianya yang terbaik utk semua...

Pagi nie.. skill yang dah lama disimpan mmbuatkan saya refresh kembali di temapat kerja... bagus juga bila bekerja di tempat baru ini biarpun sudah tidak di disiplin yang lama... namun disiplin yang baru ini lebih mencabar.... harap2 biarlah ia sekadar menyahut cabaran sahaja... jangan dibawakan sangat cabaran ini terus menerus sehingga memakan diri .. bukan ape bila mendengar kata senior2 majority mereka ada uban di kepala... ni yang makin buat saya bimbang nie... hari2 belek rambut kot2 ada rambut putih yang terselit disebalik kehitaman rambut nie.....

Hmmm.... ni ada lagi satu story nie tapi hati kata diam jari lagilah taknak menaip... hmmm.... apapun clue dari soalan2 anak2 tadi dah menyatakan pelik mummy nie.... hahahaha... takper esok kita makan rempeyek...

Thursday, 19 April 2012

'Apa??? ye ker? Hahahahaha!!!....

'Apa??' haaaa.... ape tue... hari nie pagi2 sementara tggu time nak ke tmpt kerja... jogging di taman jap... ada untie menegur 'Ammoi.... lama x nampak busy ker?'... Apa?.. ada juga yang melihat rupenyer... untie nie bagus la... nanti nak join dia tai cheee pulak.. hahaha... Biasalah, kebelakangan nie busy jadi so just this week byk masa yang saya free sikit.. so aktiviti outdoor bila 2 pari2 tiada di rumah baru boleh buat semua nie... kalau tak exercise dgn mechine exercise di rumah shj la nmpknyer....

'Ye ker ammoi?'.. nampak sgt untie nie tak tahu saya ada 2 anak nie... hahaha... takper lah layan jer... hahahaha....

Balik ke rumah tgh rehat2 nie terfikir2... ada program baru nak ditambah dgn kawan2 tmpt kerja nie.... hmmm...

'Adik Nak Jugak Mummy'...

'Adik nak jugak mummy..... adik nak foto untuk adik letak dekat buku adik nie...'... huh3... PG pagi2 dah meragam nak foto jugak utk diletakkan kat buku latihan dia pagi ni... siap duduk depan pintu bilik taknak ke sekolah selagi saya tak lekatkan gambar dia di buku latihannya...

Hmmm... mummy kecik2 dulu takla mcm kamu dik.... nie siap sengih...'Yeaaa... mummy dah letak gambar kat buku adik'... sengihnyer... tak habis sampai ke sekolah... PG... kamu niekan memang kadang kala buat geram mummy jadi cair nak membebel dengan kamu... hmmm...

Pagi nie macam biasa cium pipi dulu baru boleh masuk sekolah kalau tak bila mummy jemput petang jap gie kamu membebel dekat mummy lupe nak cium kamu... hmmm...

SB jugak yang cool jer tiap2 hari.. relax shj... siap cakap lagi kat PG ' adik niekan selalu buat abang lewat ke sekolah tau... asyik merengek jer dgn mummy'.... wahhh... SB dah tahu rutin adik dia.. hahahaha....

Apapun nasib baik mummy x busy hari nie... petang meeting staff harap2 semuanya berjalan dgn baik... nie nak rotan staff nakal nie... hahahaha.... Glory in the morning...

Wednesday, 18 April 2012

“Magic mirror on the wall / Who is the fairest of them all?”

Malam nie makan malam di restoran favorite anak2... dalam perjalanan mcm biasa chit chat bersama anak2 bagai perbualan biasa buat kami... tajuk 2 beradik nie berkenaan movie Mirror Mirror yang dah x tahu berapa kali mereka tgk... apapun riak mata mereka berbual satu sama lain menampakkan respon mereka utk berbual secara sihat...... Mummy menyelit sikit tgh2 mereka berbual tu....'Magic mirror on the wall/ who is the fairest of them all?'....... Suddenly PG menjawab.... 'mummy'..... hahahahahaha..... senyum mummy sampai ke telinga....

Mana taknyer... anak sekecil nie hanya nampak apa yang di depannya sahaja... bila ditanya kenapa mummy?.... Pg menjawab 'Ye la, mesti la mummy.... I Love Mummy.... I like to see your smile... your eyes... your lips.... your skin... you make me smile... you care of me.... and u look so cute...'..... wahhhhh... nie puji melonjak nie... jap gie sampai kedai mummy belanjer PG milo dinasour 1... he3....

Bila ditanya kepada SB dijawab dgn 'I'm not sure but to me... mirror mirror just for girl to see... '... hahahaha... lagi kesian bila dengar jawapan SB... nampak sgt kebayakkan perkara SB banyak beralah dgn PG....

Di restoran malam nie menu biasa anak2... Chinese fried rice and Milo dinasour... mummy dah tak larat nak makan mlm2 nie minum shj tgk mereka berdua makan sudah cukup membuatkan hati lega mereka ketenangan saya...

Di rumah macam biasa sebelum mereka nak tido... PG lah yang biasa dan boleh dikatakan selalu byk ckp.. ada shj nak ditanya.. soalan ke soalan... tgk2 dah lelap.... SB macam biasa peluk bantal... tgk muka mummy sikit2 matanya dah pejam.... & zzzzzzzzz.... slept well my lovely kids...

Tuesday, 10 April 2012

Ader ker Bulan....

'Ader ke bulan malam nie mummy' kata SB masa saya tgh driving bawa mereka jln2 mlm nie... hmmm... jap gie bila kita sampai kat kedai mkn nanti mummy tgk langit kot2 ada bulan malam nie...

Hmmm.. bila anak2 dah pandai ckp nie semua yang mereka belajar di sekolah akan mereka apply di luar sekolah... bila teacher kata malam2 boleh tgk bulan bintang so..... mummy kena carikan or tgk2kan di langit kot2 ada mlm nie utk mereka lihat...

Apapun tak kiralah ade ke tidak malam nie bulan & bintang.... mummy harap kamu berdua happy keluar jln2 dgn mummy yer.... mmmuuuuuuaaaaaahhhhh... ;-)

Kasih Anak Sesalju Kasih Ibu...

Benar kata ibu...
Biarkan airmata itu disematkan di hatimu
Tiada kasih & doa yang abadi hanya dari anak2mu
Kasih anak kecilku sesalju kasih ibu

Kasih anak ibu semanis senyuman kamu
Kasihan ibu melihat kamu permata ibu
Hanya ibu kawan, kasih, ayah dan segalanya buatmu
Ibu tahu kamu anak ibu yang istimewa

Istimewa dalam hidup ibu
kamu semangat ibu
kamulah kawan, kasih dan segala2nya buat ibu
Kasih anak ibu sesalju kasihnya ibu buat kamu

Kasih anak ibu
Malam hari selalu ibu lihat kamu di bilik kamu
bimbang ibu kamu terbangun dari lenamu
bimbang ibu kamu jauh dari mata ibu

Istimewanya anak ibu
kamu selalu mahu bersama ibu
tidak pernah jauh ibu kerna kasih & cinta ibu di hati kamu
jauh sahaja ibu pasti kamu bertanya
'ibu di mana ibu, jangan lama2 jauh ya ibu'

Love You
Kasih anak ibu sesalju kasihku di awan biru



Teristimewa buat : SB & PG
Nukilan : Mummy "KasihNya Di Awan Biru'



Sunday, 8 April 2012

Weekend yang Ringkas

Weekend di awal pagi anak2 dah breakfast bihun singapore masakan mummy... macam biasa kegemaran mereka jadi bertambah2lah mereka makan pagi nie... dan macam biasa selepas makan SB & PG dah keluarkan beg sekolah untuk mummy semak.. dalam masa yang sama di rumah kebiasaannya homework yang mummy beri buat SB pasti akan disiapkan olehnya.. so study utk 1jam sahaja seperti biasa... PG? pon tidak ketinggalan. Kalau diikutkan tiada kerja sekolah tapi sebab abang ada homework PG juga mahu... so macam biasa juga tiada tugasan lain melainkan mewarna dan main soduko mummy sementara mummy semak buku sekolah SB.

Dan.........seperti kebiasaan juga jika ada kelapangan pasti akan digunakan sepenuhnya membawa my lovely SB & PG ke tempat2 yang menjadi kebiasaan kami. Kali nie disebabkan cuaca tidak berapa baik.. jadi mummy bawa 2 anak kecil ini ke Mid Valley sahaja.

Seperti biasa PG yang fotokopi hobby dan minat yang sama dgn mummy pasti akan melihat kasut dan accessories yang berkaitan dgn pompuanlah katakan.... nasib baik SB sudah memahami dan macam biasa always comment ttg semua pilihan mummy & PG.

Kali ni PG nak beli boots .... warna pink macam biasa pilihan PG. SB dengan comment 'wauuu!! that's look elegant' PG ape lagi macam biasa bila dah dikata macam tue terus kata 'mummy!! I want this'... so dah adalah boots di almari kasut hari nie... PG siap kata mummy nak tak kasut macam nie... terfikir pula mummy nak pakai boots nie nak ke manalah mummy kamu nie sayang...

SB macam biasa tiada lain yang diminta melainkan ke MPH untuk membeli buku2 yang digemarinyer dan kebetulan ada sale SB beli 2 buku di MPH. Itu pun jenuh suruh tidur malam nie sebab nak habiskan membaca dulu katanyer... apapun mummy harap kamu dapat teruskan minat kamu itu sehingga dewasa yer...

Mummy macam biasa bila dah ke Mid Valley pasti ke market beli barang dapur.. cukuplah sedikit buat kita bertiga janji dapur di rumah sentiasa berasap walaupun belum ada Sirman... apapun keceriaan kami sentiasa berterusan walaupun kadangkala mummy kalut nak uruskan kamu pagi2 kan... love you kids....

Seindah Senyuman

Tiada apa yang paling menarik selain senyuman... apa yang membuatkan saya tabah melalui hari-hari ini melainkan senyuman. Anak2 menceriakan hari-hari saya biarpun kerja-kerja harian dan hakiki ditempat kerja kadang kala memenatkan namun melihat anak2 bagaikan menghembuskan nafas lega.. terus membuat keresahan hati reda lalu ianya terukirnya senyuman di bibir ini...

Hari2 semakin indah buat saya walaupun hanya anak2 sebagai peneman di hari2 ini. Melihat mereka membesar di depan mata membuatkan hati semakin kuat untuk terus bertahan selagi terdaya.

Semalam pada saya biarlah ia sejarah namun untuk jatuh tidak sekali-kali akan saya lakukan. Kadang kala bila di fikirkan Allah itu adil Dia Maha SegalaNya... Dia ada sebab musababnya mengapa kami masih bertiga... Hanya Dia sahaja yang tahu akan perjalanan seterusnya yang akan saya lalui... Dia sahaja yang akan tahu bila saatnya...

Teruskanlah Mummy untuk terus tersenyum... keceriaan itu hak buat dirimu...