Skip to main content

Seperti Baru Semalam Pemergiannya

Hari nie sudah genap 2tahun pemergian arwah suami ke rahmatullah... namun hati & fikiran ini terasa seperti baru semalam arwah pergi meninggalkan saya & anak2. Tragedi yang menimpa masih bermain2 difikiran... Namun keredhaan akan takdir yang meminsahkan kami sebegini tidak pernah saya lupakan.

Seharian saya sebokkan diri agar tidak terasa akan tarikh ini. Namun pada teman yang masih mengingati tarikh ini pasti memahaminya... dan ada juga yang menegur 'masih ingat tak hari ini hari apa'.... seperti biasa senyum sinis yang akan saya berikan... masih ada yang masih mengingatinya. Buat kata seorang teman... 'budak nie senyum jer dia... macam takder jer masalah dia'... apapun biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya...

Entah kenapa hari ini seperti tenang sahaja hari2 saya di tempat kerja. Anak2 juga tidak banyak kerenah tetapi kenapa tiba2 aku menangis nie.. Pagi nie pulak di depan sekolah anak bujang mummy SB cium dahi mummy dan sempat pula cakap 'mummy!! abang janji abang akan buat baik... abang baikkan mummy'.... mummy senyum sahaja bila mendengar anak kecil nie berkata macam tu2 & terfikir kenapa SB kata mcm tue....

hmmm... rupa2nya bila saya bertanya pada Teacher nyer... rupa2nyer SB ada story tentang mummy nya nie pada teacher nyer nie... Antara yang SB kata adalah : 'Mummy do everything for us', 'mummy worked hard to send us to school', 'mummy always want to know everything I do at home and also at school' and bla bla bla........

Wahh... SB dah pandai comment tentang saya sekarang nie. Apapun ia menampakkan kematangan SB untuk berfikir tentang apa yang berlaku di waktu hariannya dan bagaimana orang yang disekelilingnya.

Apapun harapan saya buat anak2 tersayang... mummy harap apa yang mummy lakukan sekarang ini adalah yang terbaik buat kamu di masa kan datang.. apapun SB & PG mummy SAYANG KAMU BERDUA... mata mummy pon dah ngantuk rasanya perlu stop utk beri ruang utk mata ini berehat pula yer....

Comments

Popular posts from this blog

2016 yang semakin berlalu..

Lama sudah tak updated blog nie.. ada juga rakan blogger dan teman yang mengenali diluar laman sosial ini bertanya. Bukan tidak mahu updated tetapi sedang berusaha mencari masa yang sesuai untuk saya isikan di laman ini. Tahun 2016 .. semoga harapan dan impiann saya dan keluarga tercapai.. begitu juga buat semua rakan-rakan yang mengenali. Tahun baru seperti tahun-tahun yang sebelum ini sudah pastinya meningkatlah usia saya, Danish dan Dhiya... dan ditambah lagi dengan penyejuk hati ibu, ayah, abang Danish dan kakak Dhiya.. dimana lahirnya Little Dihyah.  Takdir dan ketentuan Allah lahirnya Little Dihyah pada bulan yang sama.. Januari. Kesian ayah sorang-sorang di bulan September. Tapi mudahlah ayah nak wishing us Haapy Birthday anak beranak ....kih3.. Danish kini sudah berusia 10 tahun dan Dhiya pula sudahpun 8 tahun. Sekejap masa berlalu.. kamulah peneman ibu dikala kita dalam kesusahan dan kesunyian tanpa daddy. Kamu anak yang baik sentiasa berusaha memenuhi impian

Akibat Tidak Berfikir Sebelum Bertindak

Hari nie tidak semena2 dari media sosial & media elektronik kita semua boleh tengok akibat dari tindakan wanita yang 'Kurang Berfikir Sebelum Bertindak'. Apapun kita jadikan ikhtibar dari kejadian yang menimpa uncle ini... kesian warga emas di maki hamun dek wanita yang cerdik pandai nie. Pada saya, dalam kehidupan harian kita ini... Berfikir & bertindak merupakan amalan yang berkait rapat dengan ciri peribadi & kejayaan dalam hidup apatah lagi dalam konteks pengurusan gaya hidup kita. Biarlah kita miskin harta benda namun  KITA KAYA DENGAN BUDI BAHASA .... Ingat!!!! Amalan berfikir & bertindak nie melambangkan peribadi kita.  Biar tidak cantik TETAPI MANIS DALAM TUTUR BAHASA... Nilai kita berfikir & bila masa perlu atau boleh kita bertindak selepas berfikir juga menyumbang kepada kesan yang akan kita hadapi kemudiannya... Fikirkan... andai tindakan yang diambil dengan penuh ketelitian & kesabaran maka baiklah yang kita dapat..

Jom Tonton RoboCop 2014

Nak story dulu sebelum nan tonton wayang ngan family minggu nie.. Belum tengok version 2014 filem RoboCop lagi.. tapi dah ada kakitangan yang cakap filem nyer lebih kurang sama dengan filem yang dulu. Hmm... tak kisah la janji dapat tengok filem ni jugak.. anak-anak dah excited dah nie... maklumlah filem-filem cyborg macam nie memang SB (Danish) suka sangat-sangat... Apapun, hanya yang lahir pada tahun 70-80an sahaja yang akan memahami... nak tahu kenapa download dulu filem RoboCop 1987 nie dari Youtube.. nanti akan faham... promote2.. Note: macam biasa sebelum tonton wayang nak ajak Sirman bawa gie makan ayan penyet dulu baru masuk panggung nanti lapor...