Skip to main content

SmartBoy ke kelas mengaji..

Alhamdulillah.. semenjak SB ke kelas mengaji iqra' nie banyak yang dipelajarinya. Setiap kali balik dari kelas mengaji belom sempat mummy pegang tangannya utk turun tangga kelas SB dah mula buka cerita apa yang dipelajarinya hari nie... senyum shj melihat anak kecil mummy nie berkata. Syukur... SB sudah semakin pandai membaca surah2 kecil... syukur Alhamdulillah... mummy takkan berputus asa utk melakukan yang terbaik buat kamu 2 beradik...

SB yang kebiasaannya sudah semestinya akan mengajar setiap apa yang dipelajarinya di sekolah akan di transfer ke adiknya PG... macam biasa adik yang paling rapat dengan abang 1st sekali mesti tanya 'abang tadi abang belajar ape?' ha..... adik dah mula tanye jadi topik cerita sudah bermula... jadi berbuallah 2 beradik nie di belakang kereta hingga lah mummy dah parking kereta di tempat kereta pon mereka tak sedar...

Sampai shj di rumah... macam biasa 2 beradik nie dah tahu waktu tidur... jadi SB siapkn beg sekolah dan tumbler utk hari esok... dan PG macam biasa juga dah tunggu mummy tutup notebook utk tidur bersama.... cium sayang buat anak2 mummy sayang... Malam ini ucapan 'Assalamualaikum, mummy' buat pertama kali dari Danish sebelum tidur buatkan mummy tersenyum menahan airmata ketika mencium dahimu... kamu semakin dewasa sayang...

Esok mummy buatkan kebab salad utk breakfast kamu di sekolah yer... ;-)


Comments

Popular posts from this blog

2016 yang semakin berlalu..

Lama sudah tak updated blog nie.. ada juga rakan blogger dan teman yang mengenali diluar laman sosial ini bertanya. Bukan tidak mahu updated tetapi sedang berusaha mencari masa yang sesuai untuk saya isikan di laman ini. Tahun 2016 .. semoga harapan dan impiann saya dan keluarga tercapai.. begitu juga buat semua rakan-rakan yang mengenali. Tahun baru seperti tahun-tahun yang sebelum ini sudah pastinya meningkatlah usia saya, Danish dan Dhiya... dan ditambah lagi dengan penyejuk hati ibu, ayah, abang Danish dan kakak Dhiya.. dimana lahirnya Little Dihyah.  Takdir dan ketentuan Allah lahirnya Little Dihyah pada bulan yang sama.. Januari. Kesian ayah sorang-sorang di bulan September. Tapi mudahlah ayah nak wishing us Haapy Birthday anak beranak ....kih3.. Danish kini sudah berusia 10 tahun dan Dhiya pula sudahpun 8 tahun. Sekejap masa berlalu.. kamulah peneman ibu dikala kita dalam kesusahan dan kesunyian tanpa daddy. Kamu anak yang baik sentiasa berusaha memenuhi impian

Akibat Tidak Berfikir Sebelum Bertindak

Hari nie tidak semena2 dari media sosial & media elektronik kita semua boleh tengok akibat dari tindakan wanita yang 'Kurang Berfikir Sebelum Bertindak'. Apapun kita jadikan ikhtibar dari kejadian yang menimpa uncle ini... kesian warga emas di maki hamun dek wanita yang cerdik pandai nie. Pada saya, dalam kehidupan harian kita ini... Berfikir & bertindak merupakan amalan yang berkait rapat dengan ciri peribadi & kejayaan dalam hidup apatah lagi dalam konteks pengurusan gaya hidup kita. Biarlah kita miskin harta benda namun  KITA KAYA DENGAN BUDI BAHASA .... Ingat!!!! Amalan berfikir & bertindak nie melambangkan peribadi kita.  Biar tidak cantik TETAPI MANIS DALAM TUTUR BAHASA... Nilai kita berfikir & bila masa perlu atau boleh kita bertindak selepas berfikir juga menyumbang kepada kesan yang akan kita hadapi kemudiannya... Fikirkan... andai tindakan yang diambil dengan penuh ketelitian & kesabaran maka baiklah yang kita dapat..

OPPO smartphone hilang huh3..

sekadar gambar hiasan.. heh3.. Huh3.... sedihhhhhhhhh... handphone hilang. nasib smartphone nie ada kebaikannya.. buah hati nak call pon kena guna phone mak mertua.. Gini ler, nasib suami isteri dok jauh2... ada 7bulan lagi nak habis study nie macam-macam ujian datang. Alhamdulillah.. Allah kasih pada kita namanya tue..  Buat Mamat bongok yang ambil phone tue x mengaji lebih tentang kebaikan smartphone nie. Ha!!!! ambik la sgt phone tue.. tp telefon mainan la utk ko... skrg phone tue automatik x boleh berfungsi utk ko... dgn NO Imei n SD yang aku ada dah aku bank!!!! phone utk selama2nya... Bongok.. Hahahaha... 1st time marah kat blog nie... selalu jiwang2 jer... ha!!!! NAMPAK...!!!!! Note: selalu ingatkan diri untuk lebih redha.. Allah akan beri yang lebih baik selepas nie... Ameen...