Saturday, 7 January 2012

Soalan CepuMas..

Pagi tadi terbaca email teman... tup2 tanyer 'Konsep Perkahwinan'. Hmmm.. ape nak jawab nie.. mudah sahaja pada saya & jika tersalah tue perbetulkan saya yer... Elok juga update dgn pukpek saya tentang nie mana tau atendant merangkap Cik PA saya yang bujang di klinik tue terbaca site saya nie... he3..

Islam ini indah... Konsep Perkahwinan dalam Islam juga adalah mudah. Dimana adanya ikatan pernikahan yang sah antara lelaki & perempuan yang secara fitrahnya saling tertarik antara satu sama lain. Allah juga mensyariatkan perkahwinan kepada setiap hambanya selaras dengan kehendak fitrah manusia yang ingin hidup berpasangan.... hmmm faham tu Cik PA.. he3..

Dengan adanya ikatan perkahwinan dari pernikahan yang sah ini mendorong seseorang itu untuk bekerja keras untuk meningkatkan ekonomi keluarga. Ia juga bukan sahaja dapat merapatkan kasih, sayang dan kecintaan sesama pasangan bahkan ianya juga mampu merapatkan hubungan antara 2 keluarga yang saling tidak mengenali sebelum ini... hmmmm...

Perkahwinan juga ada kelebihannya... kalau dulu tue yang bujang2 tue mahupun yang balik semula bujang tue... ehhemmm... berkahwin dengan pilihan masing2 akan secara automatiknyer terus mampu mengatur & mengubah kehidupan mereka yang bercelaru dulu... ke kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Namun apapun, sematlah dihati setiap pasangan ini akan rasa penuh tanggungjawabnya akan tanggungjawab masing2 barulah kekal abadi & bahagia serta ceria hidup berumah tangga ini.

Apapun diingatkan bagi kaum wanita.. setinggi mana pun pangkat kita di office. En Husband tetap ketua rumah. En Husband kat luar tue ingat yer.. jangan cakap jer kat isteri 'saya suami' tapi tanggungjawab tgk kanan tgk kiri. Tanggungjawab sebagai suami terhadap keluarga adalah berat... bukan sahaja menjaga keperluan dan kesejahteraan rumahtangga tetapi juga perlu berusaha untuk mendidik & memperelokkan akhlak anak2 & isteri dengan cara memberi tunjuk ajar kepada mereka ke jalan Allah... iaitu agama Kita ISLAM.. Jadi banyakkanlah bersabar En Husband dalam melayani kerenah2 isteri & anak2 ini.

Buat isteri.. sudah semestinya bukan sahaja sebagai isteri perlu menjaga perut anak2 & suami tetapi peliharalah akhlak, aurat dan hal2/ mahupun rahsia suami demi kesejahteraan berumahtangga... Wahhh.. hebat...

Apapun Berkahwinlah teman2 jika sudah sampai masanya untuk anda berkahwin... kerana:
  1. Harus Berkahwin - tiada tuntutan mendesak untuk berkahwin
  2. Wajib berkahwin - Mampu tunaikan nafkah zahir & batin, takut terjerumus kepada maksiat/ zina.
  3. Sunat berkahwin - Mampu zahir/ batin & ingin berkahwin serta tidak bimbang melakukan zina.
  4. Makruh berkahwin - tidak mampu memberi nafkah zahir & batin.
Perkahwinan merupakan sunnah Rasullulah dalam usaha mengatasi masalah social yang berlaku di dalam masyarakat. Jadi berkahwinlah pada mereka yang kini sedang bercinta... pernikahan dari ikatan yang sah mampu melahirkan individu serta masyarakat yang soleh...

Notes: Kadang2 nak update blog nie.. terasa tempias kat diri sendiri.. huh3...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.