Skip to main content

'JANUARI' Kami Di Awan Biru


Setiap kali tahun baru pasti akan ada kepiluan... pilu akan kenangan lalu yang membuatkan kami yang 2 tahun lalu ada Sirman yang sentiasa meraikan Birthday kami... daddy, mummy & My2D... 'Januari Family'..

Dahulu akan ada Lily Putih buat saya dari Sirman... bunga kesukaan saya sehingga kini. Kenangan lalu buatkan kadangkala airmata tiba2 mengalir. Di hati ini mengingatkan saya betapa rindunya saya pada dia dia awan biru... bagai mimpi tragedi lalu buatkan saya terpisah jauh darinya kasih kekasih yang disayangi.

Segalanya tidak seperti dulu.. semuanya buat anak2 tersayang... ketabahan, keredhaan dan kepasrahan hati mengharungi ujian2 Allah saya lalui.. kerna saya percaya akan ada hikmah disebalik pengorbanan ini buat anak2 comel saya...

Januari 2012.. My2D sudah semakin dewasa.. yang abg sudah 6tahun manakala adik sudah 4thn.. melihat mereka ke sekolah hari nie.. sayu rasanya, entah kenapa pagi nie di depan pagar sekolah hari ni 2 beradik nie peluk cium saya dengan tiba2.... bila saya bertanya 'kenapa peluk mummy ni'... kata BigBrother 'abang dengan adik sayang mummy'... saya senyum sepanjang jalan selepas meninggalkn mereka.... tapi airmata mengalir juga... terlalu sedih tak mampu saya menipu diri saya sendiri... kerana untuk membesarkan mereka banyak kesedihan & kepiluan tanpa arwah saya harungi demi anak2. Saya kuatkan hati perlu bertahan dan cekalkan hati ini.... dan jangan sesekali saya tunjukkan saya menangis depan mata anak2 kecil ini.

Apa lagi yang saya perlukan di dunia ini melainkn melihat anak2 ini membesar di depan mata ini selagi bernyawa. Setiap hari sebelum tidur pasti akan lihat anak2 kecil ini tidur di bilik nya... ciuman di dahi mereka x pernah saya lupakan... kerna hanya itu yang mampu saya lakukan buat mereka menyenang saya ibunya yang terlalu menyayanigi mereka hingga hujung nyawanya..

Hampir 2thn, kami tanpa arwah.. semua kenangan bersama arwah tidak pernah kami lupakan. Bigbrother sentiasa ingat akan daddy yang tidak pernah lekang dengan senyumannya... daddy yang penyayang dan amat penyabar dalam apa yang dilakukannya.... tidak pernah mengeluh malah sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian... Kata2 arwah tidak pernah saya lupakan 'mummy masalah tetap masalah... kita tidak boleh lari dari masalah tapi kita perlu cari jalan penyelesaiannya... jadikan ia pengalaman bukan mengeluh'.... dan itulah yang saya lakukan sehingga kini... tetap mengharungi ujian yang datang.. cari jalan penyelesaian supaya ujian itu tercatit di diari hidup saya selama2nya.... pengalaman mengajar erti kedewasaan yang sebenar.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

2016 yang semakin berlalu..

Lama sudah tak updated blog nie.. ada juga rakan blogger dan teman yang mengenali diluar laman sosial ini bertanya. Bukan tidak mahu updated tetapi sedang berusaha mencari masa yang sesuai untuk saya isikan di laman ini. Tahun 2016 .. semoga harapan dan impiann saya dan keluarga tercapai.. begitu juga buat semua rakan-rakan yang mengenali. Tahun baru seperti tahun-tahun yang sebelum ini sudah pastinya meningkatlah usia saya, Danish dan Dhiya... dan ditambah lagi dengan penyejuk hati ibu, ayah, abang Danish dan kakak Dhiya.. dimana lahirnya Little Dihyah.  Takdir dan ketentuan Allah lahirnya Little Dihyah pada bulan yang sama.. Januari. Kesian ayah sorang-sorang di bulan September. Tapi mudahlah ayah nak wishing us Haapy Birthday anak beranak ....kih3.. Danish kini sudah berusia 10 tahun dan Dhiya pula sudahpun 8 tahun. Sekejap masa berlalu.. kamulah peneman ibu dikala kita dalam kesusahan dan kesunyian tanpa daddy. Kamu anak yang baik sentiasa berusaha memenuhi impian

Akibat Tidak Berfikir Sebelum Bertindak

Hari nie tidak semena2 dari media sosial & media elektronik kita semua boleh tengok akibat dari tindakan wanita yang 'Kurang Berfikir Sebelum Bertindak'. Apapun kita jadikan ikhtibar dari kejadian yang menimpa uncle ini... kesian warga emas di maki hamun dek wanita yang cerdik pandai nie. Pada saya, dalam kehidupan harian kita ini... Berfikir & bertindak merupakan amalan yang berkait rapat dengan ciri peribadi & kejayaan dalam hidup apatah lagi dalam konteks pengurusan gaya hidup kita. Biarlah kita miskin harta benda namun  KITA KAYA DENGAN BUDI BAHASA .... Ingat!!!! Amalan berfikir & bertindak nie melambangkan peribadi kita.  Biar tidak cantik TETAPI MANIS DALAM TUTUR BAHASA... Nilai kita berfikir & bila masa perlu atau boleh kita bertindak selepas berfikir juga menyumbang kepada kesan yang akan kita hadapi kemudiannya... Fikirkan... andai tindakan yang diambil dengan penuh ketelitian & kesabaran maka baiklah yang kita dapat..

Jom Tonton RoboCop 2014

Nak story dulu sebelum nan tonton wayang ngan family minggu nie.. Belum tengok version 2014 filem RoboCop lagi.. tapi dah ada kakitangan yang cakap filem nyer lebih kurang sama dengan filem yang dulu. Hmm... tak kisah la janji dapat tengok filem ni jugak.. anak-anak dah excited dah nie... maklumlah filem-filem cyborg macam nie memang SB (Danish) suka sangat-sangat... Apapun, hanya yang lahir pada tahun 70-80an sahaja yang akan memahami... nak tahu kenapa download dulu filem RoboCop 1987 nie dari Youtube.. nanti akan faham... promote2.. Note: macam biasa sebelum tonton wayang nak ajak Sirman bawa gie makan ayan penyet dulu baru masuk panggung nanti lapor...