Skip to main content

DiKisah Lalu Menggambarkan Kisah Kita Yg Kini..

Dalam hidup ini sebagai hambanya yang kerdil, kita tidak akan lari dari kesilapan. Saya selalu ingatkan diri saya dan akan sentiasa saya berdoa agar dijauhkan dari manusia2 yang ingin memisahkan saya dari anak2 saya, kerjaya, ibu bapa dan mahu pun dari agama saya ISLAM...

Mudah sahaja pada saya, jika dikisah yang lalu kita sentiasa menjaga, menyayangi, mencintai dan mengasihi lalu tidak mengabaikan kasihNya kekasih kita yang telah pergi InsyaALLAH.. kebahagiaan yang abadi yang akan kita kecapi biarpun telah dipisahkan jauh darinya.

Dia KasihNya 'Di Awan Biru' yang telah pergi menemui Illahi. Masih lagi kebahagiaan & ketenangan yang saya kecapi bersama anak2 kecil ini. Mereka ketenangan saya dan mereka juga CERMIN kebahagiaan saya... setiap keputusan saya adalah demi kebaikan mereka. Setiap ketegasan saya adalah untuk mempertahankan kasihnya saya pada anak2 ini.

Keakraban saya bersama anak2 tidak dapat saya gambarkan kini. Mereka bagaikan kawan saya dimana2. Setiap pergerakan saya pasti ada mereka. Kami mempunyai minat yang sama & apa yang saya buat pasti akan menjadi perhatian mereka. Kedua2nya semakin rajin membantu saya di rumah. Di luar rumah masing2 sudah tahu bagaimana untuk menjaga diri.... mummy tak susah2 lagi nak pegang tangan mereka seperti baru2 arwah daddy mereka pergi dahulu. Yang mereka buat setiap kali berjalan akan mereka pastikan gerak kaki mereka tidak boleh jauh dari mummy nya ini.

Shopping barang2 dapur saya hanya beri kertas yang tertulis senarai2 barang yang nak dibeli. Kejap lagi sampai sahaja di Pasaraya SB yang sudah pandai membaca akan pegang kertas itu dan sudah semestinya sudah tahu dimana barang2 yang saya mahu itu tempatnya akan beliau ambil & letakkan di trolley yang saya tolak bersama PG.

Yang paling bagus sekali sekarang ini SB dah tahu lihat expired date barang... hmmm sudah semestinya saya yang ajar. Tips mummy untuk anak2... he learn very well now... ur my SmartBoy...

Kata PG .. mummy I love U... u know why.. because u not only my mummy but ur my friend....

Pada saya sebagai ibu & ayah pada anak2 yang masih kecil ini bukanlah semudah yang dilihat. Kadang kala ada juga keletihan & tidak tinggal juga kadang kala kesihatan saya terganggu.. demam... itu sudah biasa pada saya... namun apa yang saya buat adalah lebih kepada menjaga pemakanan dan mengambil suppliment yang membantu saya supaya segar dan sihat sentiasa.

Ape yer nak saya share kan... hmmm.. nanti saya bagi tip2 kesihatan saya untuk kita share kan bersama yer.... kita maghrib dulu....

Comments

Popular posts from this blog

2016 yang semakin berlalu..

Lama sudah tak updated blog nie.. ada juga rakan blogger dan teman yang mengenali diluar laman sosial ini bertanya. Bukan tidak mahu updated tetapi sedang berusaha mencari masa yang sesuai untuk saya isikan di laman ini. Tahun 2016 .. semoga harapan dan impiann saya dan keluarga tercapai.. begitu juga buat semua rakan-rakan yang mengenali. Tahun baru seperti tahun-tahun yang sebelum ini sudah pastinya meningkatlah usia saya, Danish dan Dhiya... dan ditambah lagi dengan penyejuk hati ibu, ayah, abang Danish dan kakak Dhiya.. dimana lahirnya Little Dihyah.  Takdir dan ketentuan Allah lahirnya Little Dihyah pada bulan yang sama.. Januari. Kesian ayah sorang-sorang di bulan September. Tapi mudahlah ayah nak wishing us Haapy Birthday anak beranak ....kih3.. Danish kini sudah berusia 10 tahun dan Dhiya pula sudahpun 8 tahun. Sekejap masa berlalu.. kamulah peneman ibu dikala kita dalam kesusahan dan kesunyian tanpa daddy. Kamu anak yang baik sentiasa berusaha memenuhi impian

Akibat Tidak Berfikir Sebelum Bertindak

Hari nie tidak semena2 dari media sosial & media elektronik kita semua boleh tengok akibat dari tindakan wanita yang 'Kurang Berfikir Sebelum Bertindak'. Apapun kita jadikan ikhtibar dari kejadian yang menimpa uncle ini... kesian warga emas di maki hamun dek wanita yang cerdik pandai nie. Pada saya, dalam kehidupan harian kita ini... Berfikir & bertindak merupakan amalan yang berkait rapat dengan ciri peribadi & kejayaan dalam hidup apatah lagi dalam konteks pengurusan gaya hidup kita. Biarlah kita miskin harta benda namun  KITA KAYA DENGAN BUDI BAHASA .... Ingat!!!! Amalan berfikir & bertindak nie melambangkan peribadi kita.  Biar tidak cantik TETAPI MANIS DALAM TUTUR BAHASA... Nilai kita berfikir & bila masa perlu atau boleh kita bertindak selepas berfikir juga menyumbang kepada kesan yang akan kita hadapi kemudiannya... Fikirkan... andai tindakan yang diambil dengan penuh ketelitian & kesabaran maka baiklah yang kita dapat..

OPPO smartphone hilang huh3..

sekadar gambar hiasan.. heh3.. Huh3.... sedihhhhhhhhh... handphone hilang. nasib smartphone nie ada kebaikannya.. buah hati nak call pon kena guna phone mak mertua.. Gini ler, nasib suami isteri dok jauh2... ada 7bulan lagi nak habis study nie macam-macam ujian datang. Alhamdulillah.. Allah kasih pada kita namanya tue..  Buat Mamat bongok yang ambil phone tue x mengaji lebih tentang kebaikan smartphone nie. Ha!!!! ambik la sgt phone tue.. tp telefon mainan la utk ko... skrg phone tue automatik x boleh berfungsi utk ko... dgn NO Imei n SD yang aku ada dah aku bank!!!! phone utk selama2nya... Bongok.. Hahahaha... 1st time marah kat blog nie... selalu jiwang2 jer... ha!!!! NAMPAK...!!!!! Note: selalu ingatkan diri untuk lebih redha.. Allah akan beri yang lebih baik selepas nie... Ameen...