Saturday, 8 December 2012

Sentuhan Kasih Sayang Daripada Allah

Alhamdulillah... kini saya masih lagi diberi kesempatan untuk update blog yang tidak seberapa ini. Namun cukuplah sekadar mengisi isian harian saya yang kadang kala terlalu padat dengan jadual harian sebagai hambaNya. Apapun hati tetap yakin bahawa pengisian hidup ini  telah ditetapkan oleh Allah.

Segalanya telah ditentukan oleh Allah... kadang kala bahagia dan kadang kala ia diselangi dengan keperitan yang membuatkan hati sayu & perit untuk melaluinya. Apapun cukuplah sekadar bersyukur dan redha... kerna hati yakin bahawa ia adalah petunjuk kepada kasih dan sayangnya Allah kepada kita.

Hari nie... masih berehat dirumah, masih melalui proses pemulihan dari keperitan yang dialami. Ujian dariNya.. redha & tidak sesekali hati terasa luruh untuk tidak menerima ujian ini. Sunyinya hati tiadanya "kasih Di Awan Biru" di waktu sebegini. Pasti dia selalu dan sentiasa di sisi... 

Namun cukuplah sekadar untuk saya terus fahami dan menyakinkan hati bahawa....


Tuesday, 6 November 2012

Spirit & Strength For My 2D

Hari nie demi memenuhi hasrat anak-anak... mummy stay di Dewan utk rehearsal "Fairwell Party" 2D & Friends. Macam2 gelagat anak-anak ini... di awal pagi saya hantar 2D nie. sampai ke tengah hari... saya senyum sahaja melihat mereka membuat persembahan.... semuanya bersemangat untuk buat yang terbaik buat tontonan ibu bapa mereka nanti.

Dalam kejauhan tue saya jenguk 2D happy teramat.. mana taknyer mummy datang hanya untuk mereka. PG siap tersengeh di stage tengok mummy lambai tangan dari jauh.... punyer nak support anak.. mummy dgn tanpa segan silu lambai tangan.. nie bukan ape hanya nak bagi PG nampak mummy nie yang still staying to her on stage.... hmmmm... PG nie kadang-kadang mengingatkan saya di waktu kecil... buat kata mak.. macam mana saya kecil-kecil dulu tengok PG itulah saya... manja tetapi semangat mak kuat.... tapi bila difikirkan PG nie apa-apa pon mesti nak mummy.... berkepit jer ngan mummy.

SB macam biasa semestinya nak bagi mummy tengok yang terbaik darinya. Exam baru-baru nie pon amat membanggakan mummy... thank you sayang... you did well & mummy love you so much... Alhamdulillah syukur... Seperti yang SB sendiri tahu tiada apa yang menjauhkan saya pada mereka kerana my spirit & strength also coming from them.. thank god... 

Hmmm... Sebelum ke Dewan hari nie... breakfast buat 2D, pancake kegemaran mereka... milo panas sudah semestinya... siap request malam nie pon nak menu yang sama tapi rasanya mummy kena change to another menu... hmmm suprise for both of you.... miss u both... 

Hmmmm... mummy nak gie keje pulak nie... tak sabar nak jemput kamu balik dari sekolah petang nie... sepertii biasa even badan di hospital tetapi jasad tetap di sekeliling anak-anak ini... semoga yang terbaik diberikan buat mereka... biarpun kadangkala badan mummy nie tak berdaya namun bila melihat kamu hati nie kembali kuat kerana melihat wajah kamu sudah melegakan hati mummy yang sedih ini.... wassalam...

Sunday, 4 November 2012

"Kaki Oh Kaki"

Nilah akibat dah hampir 14thn tak main netball... konon2 oklah takkan apa2... tup2 kena tolak sikit dah tergeliat kaki... huh3... sakitx50. Nie nak berjalan pon dah terdengkot2... sapulah minyak kat kaki nie dgn harapan eloklah esok nyer yer kaki...

Apapun menyeronokkan... happy juga nak ketawa pon ader mana taknyer... macam2 gelagat boleh tengok masa games bermula... apa2 pon melihat adik2 misi bermain netball ada juga bakat terpendam dikalangan mereka nie.... tahniah pada team yang menang... biarpun team kami menang "meja makanan" tapi team kamilah yang hebat tiap2 tahun.... tahniah2.. hahahaha.... tq chip tapi tahun depan kami makesure menang dua-dua sekali sebab tahun nie bagi peluang dulu ada dikalangan kami tgh on-call kemudian cuti belajar pulak.... huh3...

On-call juga tadi ... hmmmm... alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ada lagi ilmu baru yang dapat dipelajari.... Syukur... tq Sir dgn kuih cakoi and others kuih muih... kenyang juga utk menu makan petang saya & anak2 buah td... Alhamdulillah...

Notes:
Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa. Mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah menjadi keuntungan.




Saturday, 6 October 2012

Anak2 Mummy Sayang...

Malam nie.. mata tak boleh nak tido awal... ada kerja skit. Siapkan roster raya staff.. hmmmm... esok oncall!!! takperlah semoga dipermudahkan segalanya. Malam tadi bawa anak2 makan di luar... kedai yang biasa kami pergi bersama arwah....

Hmm... sampai di sana, ingatkan SB tak ingat lagi tempat tue... tup2 SB kata "haaa!!! mummy abang tahu tempat nie kita selalu pergi ngan arwah daddy kan"..... hmmmm... bila dengar SB kata "arwah daddy" sayu hati nie. Biarpun bukan mudah untuk kami melalui hidup ini tanpanya... namun hati kami selalu ada dia... kasihnya kami padanya... rindunya....

Kadang2 terfikir sampai bila jari ini akan terus menaip.... akan kisah2 kami tanpanya. Namun tiada lain pada hati ibu ini melainkan inilah kenangan akan kisah seorang ibu buat anak2nya yang tersayang.... 

SB sudah lancar membaca sekarang... alhamdulillah, kini SB sudah fasih berbahasa english... bahasa melayu dah semestinya... PG advance sikit dari SB... sebab banyak ckp & terlalu ramah sgt sekali 3 bahasa boleh faham... agak2 nak bercerita tapi taknak mummy tahu dia cakap chinese ngan SB. Bila mummy tanya ngan SB.. adik cakap apa SB terus kata "secret mummy" hmmmm... nie yang tak best nie...

Kat kedai makan malam nie.. SB & PG macam biasa nak makan otak2 ngan nasi lemak... milo ais. Mummy pilih nasi goreng kampung.... extra cili padi... orang kampung.. biasalahkan.. cili mesti lebih...

Destinasi relaxing malam macam biasa juga... putrajaya.. anak2 nak tengok lampu kemudian berlari la.... Hmmmm melihat telatah anak2 nie baru saya tersedar dah semakin besar anak2 nie... dulu bermain pun masih mummy kena guide lagi... sekarang mummy tengok shj kamu berdua main. Kalau dulu SB tengok mainan mesti nak mummy belikan juga..  tak dapat menangis.. tapi sekarang SB siap tanya "mummy, kita simpan duit dulu yer mummy nanti ada duit kita beli yer...".... hmmmm faham pun Sb sekarang nie... Yang tak tahan sekarang nie mummy tengok SB suka smart shj... yang PG pulak masih tak faham lagi agak2 tak dapat tarik muncung 14 kat mummy... nasib baik mummy ngan SB dah tahu... jadi muka tak faham jer kami buat... kih3....

Hmmm... oklah.. nak lelap jap... ada masa lapang update lagi... Wassalam..

Sunday, 30 September 2012

Jagalah Hati Mereka Apabila Berbicara

Hati!!!... Sungguh istimewa, Allah ciptakan hati menjadi hak milik kita dan segala rahsia peribadi setiap di antara kita tersimpan di dalamnya. Tiada siapa yang akan mengetahuinya melainkan hanya Allah dan diri kita sendiri yang mengetahui akan isinya.

Namun tidak salah rasanya jika kita berkongsi apa yang terpendam dalam di dalam hati. Kalau cinta luahkan dengan indah, kalau marah lepaskanlah geramnya dan kalau lapar.... mencekiklah jawabnya...

Hmmm... bila berkata tentang "MARAH" adakah kita sedar bahawa setiap percakapan yang diluahkan oleh kita akibat dari marah... cemburu dan sebagainya itu telah kita lepaskan tanpa memikirkan hati-hati mereka yang kita "andaikan" mahupun "aibkan".... hmmmm.... bagaimana tue... ketahuilah bahawa setiap percakapan itu sekaligus melambangkan siapa diri kita yang sebenarnyer... bukan org kita marahkan itu. Agak2 sempat tak kita nak minta maaf andai esok adalah hari terakhir kita atau dia di bumi Allah ini... tanyalah hati.

Senyumlah teman... sedarlah dan bangkitlah tak kemana dengan "andaian" itu... kenalilah siapa mereka yang kita katakan itu... itu yang terbaik buat kita sebagai hambanya yang kerdil ini... Mudah sahaja untuk diberi contoh... tanya diri anda: BERAPA ORANG ADIK BERADIK ANDA? ADAKAH SETIAP MEREKA SAMA PERWATAKKANNYA? KEMUDIAN ADAKAH KITA TAHU ADAKAH HUJAN PADA HARI ESOK? Jadi fikir2kan.... tidak akan sama sifat diantara kita dan tiada apa yang dapat kita jangkakan apa yang akan terjadi pada kita dikemudian hari nanti....

Dalam kehidupan ini, adakalanya kita perlu menjadi pendengar, memerhati dan berbicara. Apapun yang kita dengar dan lihat, hakikatnya tidak semua butir perkara yang keluar dari mulut orang lain tidak semestinya kita jadikan sesuatu bayangan ngeri buat kita tetapi berfikirlah secara waras sebab itu Allah kurniakan kita akal untuk berfikir....

Kemungkinan yang kita dengari tidak menyenangkan kita, maka terimalah secara berlapang dada kerana kita manusia memang ada yang berbeza. Kalau titik perbezaan yang diperbesarkan, maka titik pertemuan dari Allah itulah yang kita pertikaikan dariNya.

Apapun hati tetap bahagia walaupun banyak dengan "andaian" manusia yang tidak mengenali siapa kita. Bagi diri ini, keseronokkan dan kegembiraan diri sendiri sudah tidak terkejar lagi... ia telah jauh pergi 2tahun lalu sejak pemergian kasih kekasih yang dirindui. Hati tetap pilu akan kerinduan yang hanya Dia yang mengetahui siapa saya? dan seteguh mana hati ini demi anak2 tercinta...

Dalam kehidupan ini, kebahagiaan, keceriaan dan kegembiraan anak-anak sahaja yang menjadi penyejuk hati. Tak pernah sesekali diletakkan kepentingan diri.. namun kasihnya anak2 buatkan hati terus tulus ikhlas membesarkan mereka biarpun dengan airmata. Kesedihan dan kelukaan yang anak-anak lalui amat mengguris hati. Moga anak-anak kecil mummy sentiasa dirahmati dan kehidupan mereka diberkati.

Sesungguhnya, sebagai hambanya kita perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki. Begitu juga dengan kehidupan, setiap apa yang dilalui, pandang, dengar dan lihat di dalamnya terkandung pelbagai pengetahuan. Andainya ia berkenaan pengalaman seseorang mahupun baik dan buruk jadikan pengajaran.... bukan akibat dari itu ianya di "andaikan" pada orang lain pula... apalah salah dia pada anda? tanya diri anda sendiri? letakkan diri anda, jika anda ditempatnya? bagaimana? adakah anda sekuat dan setabah hatinya? senyumlah duhai hati.... berlapang dadalah duhai hati....

Pengalaman membuatkan kita lebih mengerti tentang hakikat kehidupan di dunia ini. Kesedaran dan keinsafan akan lahir dengan sendirinya tanpa kita sedari apabila kita memandang dengan mata hati, dan berfikir dengan minda yang POSITIF. 

Percakapan perlu dijaga dan usah diluahkan mengikut sesedap rasa. Hati2 kerana dibimbangi ada hati yang terluka kerana kita tidak tahu akan penderitaan dan kepedihan kehidupan seseorang yang kita sendiri tidak ketahui bagaimana dia melaluinya.

Ingatlah, ketawanya... senyumannya belum tentu melambangkan kegembiraan, senyuman menawan juga tidak menjamin ada kebahagiaan dan keceriaan yang diserlahkan... tetapi hatinya???...

Oleh itu, kita perlu mengenali dan memerhati serta berhati-hati kerana kita tidak mampu untuk menyelami apa yang tepahat di sanubari insan yang kita sendiri tidak cuba untuk mengenalinya....

Anda, saya dan kita semua.... hanyalah hambaNya.... manusia biasa. Kalau boleh kita mahu buatkan semua orang gembira tetapi ada kalanya kita kecundang. Walau bagaimanapun, sebagai manusia biasa alangkah baiknya jika kita membenci seseorang janganlah keterlaluan.... dan lebih baik kita bersihkan hati kita agar gembira dan bahagia terus dari hati kita yang tulus.

Moga kita tidak cepat berputus asa dalam melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah di buka bumi ini. Kita sekadar mampu merancang dan berusaha tetapi segala yang berlaku adalah atas kehendak dan keizinan Allah jua..... Amin.

Nabi Muhammad lagi bersabda bermaksud: "Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelakaannya (Hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksaNya. Dan sesiapa yang  meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya". (Hadis riwayat Ibnu Abib-Duanya).

Wednesday, 5 September 2012

Kerna Dia Airmata & Kenangan

Dia masih tetap terindah
Dia yang teristimewa dalam hidupku
Dia suamiku.... taman hatiku
Dan Dia jugalah airmata kenangan laluku

Dia masih indah dalam hatiku
Dia semangat hatiku
Dia kekuatan cintaku
Dan Dia jugalah kerinduan hatiku

Dia kenangan cintaku
Dia kesayanganku
Dia kebahagiaanku
Dan Dia jugalah kepergian kesayuan hatiku

Dia kasihku Di Awan Biru
Dia pergi tinggalkanku akan janjiMu Illahi
Dia pergi tanpa sesiapa menyangka
Dia kepergian kisah cinta kasihku yang abadi

Dia kepasrahan akan takdirku
Dia abadi di hatiku agar tidak larut dalam kesendirian
Dia bagai kabut pagi yang tidak lagi mengiringi pagiku
Dia ketulusan cintaku yang bersemadi abadi bersamanya


Note:
Tersenyumlah duhai hati yang sedang menangis, kerna senyuman mampu merobohkan karang-karang hati yang terdalam. Kemanisan & kelembutan senyummu itu juga mampu membangkit kekuatan hati yang rapuh. Kehangatan senyumanmu juga mampu mencairkan hati yang sedang beku. SENYUMLAH buat mereka yang kita sayangi... mereka yang menyayangi kita.... mereka yang sentiasa ada di hati kita....

Thursday, 23 August 2012

Adam Buat Hawa

Firman Allah Taala:
"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan, kemudian Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar Kamu saling mengenal satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa, Sesungguhnya Allah maha mengetahui" - surah Al-Hujuraat (49-13)

Andainya sikit daripanya cinta seorang wanita itu hendak diberi pada seorang yang akan digelar suami, maka pilihlah seorang lelaki yang:

KUAT AGAMANYA
Biarlah sesibuk manapun, solat fardu tetap terpelihara dan terjaga. Utamakanlah lelaki yang kuat pengamalan agamanya. Lihat sajalah bagaimana Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang yang tinggi yang ada pada diri Saidina Ali biarpun dia peluda paling miskin dari harta akan tetapi kaya rohaninya.

BAIK AKHLAKNYA
Ketegasannya nyata akan tapi dia berlembut dan bertolak ansur pada hakikatnya. Sopan tutur katanya menggambarkan gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua amat ketara. Bakal meraikan bakal isteri yang akan dikahwininya.

TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAH
Pernah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

AMANAH
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan sahaja Si Dia.

TIDAK BOROS
Dia bukan;ah kedekut tetapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi mereka yang berhak.

TIDAK LIAR MATANYA
Perhatikannya apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu lalang ketika berbicara. Jika Ya, jawabnya... dia bukanla calon yang sesuai buat kamu.

TERBATAS PERGAULANNYA
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mahu jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

RAKAN PERGAULANNYA
Mereka yang menjadi rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

BERTANGGJUNGJAWAB
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia mempertaruhkan dirinya terhadap orangtuanya dan juga keluarganya. Dia tidak sesekali mangabaikan dan membelakangi orangtua dalam menentukan sesuatu keputusan yang besar buat dirinya seperti apabila dia menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada mereka.

TENANG WAJAHNYA
Apa yang tersimpan dalam sanubarinya kedang-kadang terpancar melalui air mukanya. Wajahnya tenang setenangnya sewaktu dia capai dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya. Akan tetapi Allah tidak menyuruh kamu untuk memandang seseorang kepada orang lain. Seperti orang yang bukan dalam aliran agama, kurang penghayatan terhadap Islam dan lain-lain. Mereka juga perlukan bimbingan, tetapi bukan dari seorang wanita kerana tugas itu bukan khas untuk kamu. Kamu adalah pembantunya dalam menyempurnakanrumahtangga.

Kalaulah mereka berusaha untuk berubah kerana Allah, maka Allah akan anugerahkan pasangan yang sekutu untuknya, akan tetapi jika dia beruabah keranamu wahai wanita, maka kamu akan dapati sifatnya yang sebenar sesuai kamu berkahwin dengannya nanti. Jika lebih baik, Alhamdulillah beruntunglah kamu dan jika sebaliknya, maka sudah terlambat untuk kamu berpatah kembali. Di waktu itu tiada lagi penyesalan melainkan keperitan yang tidak akan kesudahan.

Wahai wanita, jika kamu mempunyai calon untuk dijadikan suami, maka khabarkanlah kepada orang tuamu. Apabila ada calon yang lebih baik untuk kamu dari keluarga dan orang tuamu, maka hendaklah kamu mendahulukan pilihan keluarga, kerana itulah yang lebih baik bagi kamu. Melainkan apabila calon itu kamu ragui sifat perwatakannya dan calon kamu adalah lebih baik dalam soal agamanya, maka berbincanglah dengan keluargamu. InsyaAllah. Allah permudahkan jalan bagi kamu untuk bersamanya nanti.

Pemilihan seorang suami buat seorang wanita bukan satu perkara yang mudah. Maka oleh sebab itulah Islam menggariskan panduan yang terbaik dalam pemilihannya agar kamu tidak kecewa di kemudian hari. Suami yang baik dan soleh bukan hanya akan memimpin kamu, akan tetapi bakal memimpin anak-anakmu nanti sebagai penyambung zuriat generasi Islam yang lebih berkualiti. Letakkanlah cintamu sungguh-sungguh pada Allah jika kamu benar-benar inginkan pemuda begini, kerana dia pun sedang menunggumu untuk bersama menempuhi mehnah dunia dan kamu akan kuat, teguh bersamanya nanti. Berfikirlah, fahamilah maka bertindaklah wahai wanita sebelum segalanya terlambat atau kamu akan kehilangan lelaki sepertinya.


Wednesday, 22 August 2012

Cantiknya Wanita itu

CANTIK???

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya... kerana itulah pintu hatinya. Tempat dimana cinta itu ada"...

Wanita CANTIK ialah:
  1. Melukis kekuatan melalui masalah
  2. Tersenyum saat tertekan
  3. Tertawa saat hati sedang menangis
  4. Tabah di saat terhina
  5. Mempesonakan kerana memaafkan
  6. Mengasihi tanpa balasan
  7. Bertambah kuat dalam doa & pengaharapan Illahi
Ya Allah.. Walaupun dirimu tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan ALLAH

MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH
Seoarang wanita itu akan terselah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya. InsyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya atau tidak, kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapinya kita diantara orang yang disekelilingnya tidak akan mampu meneka perasaan yang sebenar beliau. Kenapa??? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.

TERTAWA DI SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja2 wanita tertawa di saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya. Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG MAHA ESA akan datang kepadanya. Dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakianannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNya dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukanlah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk menghadapi hari yang mendatang. Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG MAHA ESA.

MEMPESONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu. Namun bagi seorang wanita yang canti itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka inilah yang memberi peluang untuk beliau menjadi lebih tabah.... SUBHANALLAH....

MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan. Ini kerana wanita yang canti seperti ini kasihnyauntuk mereka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah mereka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG MAHA ESA. Kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari di mana-mana melainkan kasih seoarang isteri dan ibu yang solehah.

BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
Dia hanya berharap kepada YANG MAHA ESA. Dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang. Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Insan tersayang dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG MAHA ESA.


Tuesday, 21 August 2012

Kenapa Wanita Mengalirkan Airmata??

Hmmm... adakah kita terfikir " Kenapa Wanita Mengalirkan Airmata?"dan pernahkah kita terfikir mengalirnya airmata wanita itu adalah sebahagaian dari kekuatan yang khusus buatnya apabila diperlukan.

Bercakap tentang kekuatan wanita... adakah kita terfikir bahawa:

Kekuatan seorang wanita adalah.....
Bukan terletak pada kariernya, Jabatannya, profesoinnya.

Bukan kepada kekuasaanya, pendidikannya, gelarannya
Bukan pula terletak ketika dia menjadi polis, tentera, jururawat dan sebagainya

Akan tetapi, kekuatan wanita adalah ketika ia menjadi ibu, isteri, anak, menantu, adik, kakak, teman dan wanita berkarier...

Kenapa wanita mempunyai perasaan yang sangat peka? Allah menciptakannya dengan 9 perasaan dan 1 akal. Maka selalu mengutamakan perasaannya ketika ia hadapi sebuah permasalahan.

Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, airmatanya pun mengalir. Bukan kerana lemah, tapi dengan airmata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada di dadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya.

Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa? Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan. Ketika itu harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.

Diciptakannya mereka begitu sabar menghadapi cercaan dari bayi yang dilahirkannya dari rahim.

Allah memberikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih sayang pada keluarganta walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang tanpa kenal lelah dan kadangkala menahan sakit namun mereka tidak pernah berkeluh kesah.

Cinta yang diberikan kepada putera puterinya tidak terbatas. Dia hanya tulus memberi dan tidak pernah mengharap kembali.... walaupun kadangkala dia sakit dan dicaci maki namun setiap saat dan keadaanya dia begitu beerti tidak pernah sakit hati walau hatinya sering kali dilukai.

Wanita sebagai semangat dan kekuatan untuk membimbing suami ketika masa sulit yang dihadapinya bukankah wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki. Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selamat dan tidak tercedera?

Saru kekhusussan yang Allah berikan pada wanita, AIRMATA kerana dengan airmata wanita boleh menumpahkan perasaannya apabila mereka memerlukannya. Bukan kelemahan ketika wanita menangis tapi airmata adalah SEBUAH AIRMATA KEHIDUPAN.

'Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya Rasullullah akan hal tersebut, jawab baginda. "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". (Al-Hadith)

Oleh kerana itulah wahai ikhwan jadikan jangan kau siakan wanita. Ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seoarang wanita, jika kau melukai wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu.

Jadi!!! lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangannya
Itulah sebab kita dijadikan supaya dapat melengkapi anatara satu sama lain
amalan yang kita lakukan tetap akan dibalas walau sebesar zarah.

Sumber Dari:

Sunday, 12 August 2012

Setitis Cahaya Di Aidilfitri

Di sekitar suria yang menyinar
Hadirnya mendung meliputi cahaya
Di sebalik senyum tawa riang
Timbul tangis hiba di fajar mulia

Kekosongan melanda diriku
Bak sembilu menyayat di kalbu
Mengenang nasib diri sebatang kara
Mengharungi cabaran berliku

Takbir menusuk jiwa ku
Terkenangkan kisah-kisah lalu
Keinsafan menghantui diri
Berkekalan ' kan ku ulang kembali

Sepatah doa mengiring diri
Setitik cahaya untuk meniti
Pedoman buat di hari muka
Moga ketenangan teman yang setia

Artis : Aishah

Notes: Hanya Allah yang lebih mengetahui dan mengenali hambanya yang kerdil ini. Jauh hati ini terlalu rindukan kasihNya Di Awan Biru... x mampu menahan airmata kerna terlalu merinduinya... Semoga lebaran kali ini akan menambahkan lagi kekuatan hati ini supaya semakin tabah demi anak2 tersayang..

Sunday, 22 July 2012

Kenangan Yang Kekal Abadi

Kehadiran Ramadhan membuatkan hati sayu tiap kali akan kehadirannya. Terasa terlalu rindu akan kasih yang disayangi. Tak terluah dek kata2 akan bagaimana berbezanya hidup ini tanpa dia.... Hanya Allah yang mengetahui akan takdir yang harus dilalui selepas pemergianNya menemuiMu Illahi.... Dan hanya padaNya jua yang mengetahui akan setiap rencanaNya buat hambaNya.

Akan di abadikan setiap kenangan2 yang dimiliki akan masa lalu supaya hati tak pernah pudar untuk terus tabah melalui liku2 hidup ini tanpanya.Masih tersemadi di hati dan fikiran ini akan kenangan disaat2 akhir bersamanya... melihat disaat terakhir anak2 mendengar suara dan gurauan ayahnya dan makan malam terakhir kami bersamanya....

Kekuatan ini hanya pada anak2... semangat hati dan nyawa ini. Takkan sesekali akan hati ini untuk mengalah untuk melalui ujianMu.. Biarlah kadang kala tak berdaya namun hanya Beliau sahaja yang mengetahui akan sebab dan musabab akan takdir yang harus hambanya lalui... Mungkin ini yang terbaik buat hambanya.

Biarpun semuanya tidak sama seperti dahulu, namun hati ini kuat dan tabah akan semangat dan tunjuk ajar yang telah diberikan olehnya yang membuatkan akan hati ini seakan adanya dia selalu...

Teringat akan lagu terakhir yang sentiasa dimainkan olehnya di bilik bacaan.. " Salam Terakhir"... 96hari selepas pemergian arwah adik yang dirindui... katanya "Mummy jangan menangis, ketentuan Allah tak kurang dan tak lebih walaupun sesaat" ... ketentuannya untuk hambaMu menerima dengan Redha akan kenyataan pemergian kasihnya kami kepada 2 insan ini.... Al-Fatihah....

"Salam Terakhir"

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
BersamaNya ku memohon keampunan
Melaluinya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersamamu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir...

Artis: Sudirman
Sila klik Disini: Salam Terakhir

Notes: Mengenang akan senyuman dan gurauan kepada kami membuatkan airmata ini tak berdaya untuk menahannya...


Thursday, 21 June 2012

"Di Sudut Kamar Hatiku"

Resah hatiku merindui
Terbayang-bayang anggun, senyum dan tawamu
Baru semalam rasanya bagai setahun
Pemergianmu tak tertanggung

Indah suasana tika bersama
Siang dan malam seolah di alam syurga
Cintamu itu cinta yang setulus jiwa
Dimana ku cari gantinya

Telah kulupa detik hitam selamanya
Yang menodai cinta kita
Tidak terdaya menahan takdirnya
Engkau abadi di dalam dada

Sepi dunia didalam riuh rendahnya
Pedih jiwaku tanggung derita
Patah hatiku kesalan tiada terhingga
Kau satu dalam berjuta

Kepada Tuhan tempatku taruh harapan
Engkau selamanya dalam bahagia
Cintamu itu biar kukenanginya
Di sudut kamar hatiku...

Sekadar coretan buat kenangan
Cerita kita di sini kuabadikan
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman


Artis: Jamal Abdillah

Notes:
Dimata menggambarkan akan kerinduan padanya, dihati abadi dia selamanya, kenangan akan kasih sayangnya kekal abadi.... semoga bersemadinya dia kasih tenang di sana... Al-Fatihah

Thursday, 14 June 2012

Jangan Hanya Bersabar , Bersyukurlah!!!

Petua kepada ketabahan hati dan kesabaran adalah "keyakinan". Dimana kesukaran itu selalunya membawa kemungkinan kepada akan hadirnya pada suatu hari nanti kemudahan.

Firman Allah swt: "Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan". [Alam Nashrah:5-6]

Dan begitu juga besarnya anugerah Allah disebalik dugaan yang kita lalui. Hati kita yang sabar dan tabah ini juga mampu untuk bersyukur kerana adanya hikmah dan ganjaran di sebalik dugaan itu. Mensyukuri setiap musibah yang Allah berikan kepada kita kerana Allah mengetahui pilihan terbaik bagi kita, kasih sayang Allah dan kebaikanNya dengan menimpa musibah, sekalipun mungkin Dia tidak menyukai musibah itu....

Sematkanlah dihati untuk memandang baik akan semua hal yang telah ditetapkan oleh Allah buat kita. Bangkitlah dengan semangat dan keyakinan hati yang tinggi untuk terus maju kehadapan. Kerana Allah menjanjikan kemudahan selepas berlakunya kesukaran.

KetetapanNya Merupakan Kepastian

Takdir adalah ketetapan Allah atas manusia samaada dari hal-hal yang baik mahupun yang kurang baik. Tidak ada manusia yang terlepas dari takdir Allah kerana tanpa ketetapan ini kehidupan manusia tidak akan pernah wujud. Anak yang dilahirkan ke dunia tidak mengetahui apa akan terjadi sebelum kelahirannya. Kita tidak boleh menetapkan dan memilih, tetapi Allah yang menetap dan memilihnya.

Allah menetapkan seseorang itu lahir dalam keluarga miskin @ kaya, beriman @ kafir, penyayang @ pemarah dan ketetapanNya sama sekali tidak bertentangan dengan keadilanNya. Takdir Allah membayangi perjalanan hidup setiap manusia. Allah sentiasa berada disebalik kesenangan, kesusahan, ketaatan dan dosa, kurnia dan dugaan. Semuanya berada dalam lingkungan ketetapan Allah kerana manusia memang tidak mungkin menetapkannya sendiri.

Firman Allah swt: "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptannya, sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah". [Al-Hadiid:22]

Allah tidak menetapkan kebaikan atau keburukan pada seseorang melainkan keadilan dan pengetahuan yang dimilikiNya. Jika Allah menetapkan hidayah pada diri seseorang, itu merupakan ganjaran ke atas keupayaan orang tersebut dalam mendekatkan diri kepadaNya. Ketika Allah menetapkan kesesatan pada orang lain, semata-mata kerana orang itu sendiri mahukannya.

Firman Allah swt: "... maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq". [ash-shaff:5]

Sekiranya Allah mengetahui adanya kebaikan pada diri seseorang, tentu Allah akan buat mereka mampu mendengar dan menerima petunjuk. Allah tidak zalim pada hambaNya.

Firman Allah swt: " Kalau kiranya Allah mengetahui ebaikan ada pada mereka tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar...". [Al-Anfaal: 23]

Dengan adanya yang menetapkan segala sesuatu merupakan perkara yang tidak mungkin dilepas pandang. Itulah sebabnya orang-orang mukmin diwajibkan mempercayai takdir. Keimanan terhadap takdir telah dimasukkan di dalam rukun iman yang ke-6, dimana harus diyakini oleh kaum muslimin dan beriman pada takdir yang baik da yang buruk.

Penolakkan terhadap salah 1 rukun iman menjadikan seseorang mukmin cacat keimannnanya dan membinasakannya, sedangkan tidak ada alasan pun yang mampu menolak ketetapan Allah dalam kehidupan ini.

Manusia sebagai makhluk yang memiliki ilmu tidak mampu menetapkan apa pun bagi kehidupannya. Kita mungkin boleh membuat perancangan, tapi kita tidak boleh memastikan secara mutlak bahawa rancangan itu akan berjalan seperti yang diinginkan. Seperti kata pepatah "manusia hanya merancang, Tuhan juga yang menentukan".

Jika manusia mempunyai kemampuan dalam menetapkan dan memilih, tentu setiap orang mengetahui secara pasti nasibnya di masa akan datang. Padahal, seseorang yang paling optimis pun tidak mampu untuk memberitahu secara pasti bagaimana nasibnya di masa akan datang.

Jadi, jangankan menetapkan nasib. untuk mengetahuinya pasti pun manusia tidak mampu. Ada pun Allah sajalah zat yang menetapkan segala sesuatu dan Allah bersifat Maha Mengetahui segala sesuatu.


References: Syed Alwi Alatas (2010) Iman terhadap Takdir. Bila Allah Menduga Kita. 48-49.

Wednesday, 13 June 2012

Sikap Redha & Kebahagiaan

Entah kenapa kebelakangan ini semakin hari minat membaca pada buku2 yang kebiasaannya jarang saya baca berbanding buku2 medikal telah membuatkan hati ini semakin kuat menerima ketentuan Allah buat saya... syukur..

Mungkin saya boleh sharekan sedikit berkenaan sebahagiaan bacaan yang membuatkan hati saya terus tenang apabila membaca buku ini.... katanya "Sikap Redha & Kebahagiaan".

Orang yang bijak menerima keadaan dan bersikap redha akan dijauhi dari KESEDIHAN. Pada masa yang sama, jiwanya juga lebih kuat dan tidak rapuh kerana beban atau ujian yang melandanya. Sementara orang yang tidak boleh menerima keadaan dan suka berandaian akan dihantui kesedihan dan penyesalan. Jiwanya akan menjadi lemah dan rapuh lalu terus menerus menyalahkan keadaan. Malah sikapnya yang tidak boleh menerima dugaan yang menimpa membuatkannya jatuh semakin dalam dan semakin lemah kerana kebahagiaan enggan meyapa dan menghampirinya.

Seperti yang disebut dalam hadis, ianya hanya akan membuka peluang bagi syaitan untuk mengganggu kita lebih jauh. Syaitan akan menyalahkan kita untuk menyalahkan takdir dan ketetapanNya. Kerugian ke atas kerugian dan kebahagiaan pun semakin perlahan meninggalkan hatinya.

Sebalikya, orang yang bijak menerima keadaan dan selalu bersikap redha, mereka akan lebih cepat pulih dari kejatuhan dan selalu bersikap redha, mereka akan lebig cepat pulih dari kejatuhannya. Mereka melihat dugaan yang menimpa dengan cara yang positif, masih boleh tersenyum dan tertawa dengan dugaan yang dialaminya. Bukan kerana mengabaikan keadaannya yang susah atau mengabaikan dugaan yang dialaminya, tetapi boleh melihatnya dengan cara yang berbeza.

Allah telah mentakdirkannya dan apa yang dikehendakiNya pasti terjadi. Ada baiknya kita menerima ketetapanNya dan tidak membuat andaian. Menerima dugaan dengan dada yang lapang dan penuh rasa reda.

Tidak perlu adanya kata-kata "andaian" mahupun kata-kata "kalaulah" kerana ianya tidak akan mengembalikan kenyataan yang telah ditakdirkan buat kita. Cukuplah dengan hanya berkata " sudah ketetapanNya" kerana dari kata-kata itu akan lebih memberi ketenangan dan kekukuhan hati kita yang mempercayai akan kekuasaanNya. Andaian yang negatif lebih mengeruhkan keadaan di mana ia akan melemahkan hati kita lantas terus menerus akan dibayangi akan kesedihan masa lalu. bayangan kesedihan masa lalu adalah kelukaan dan penderitaan yang tiada penghujungnya.

Janganlah sesekali mengeluh tetapi teruslah tersenyum agar terbit akan keyakinan hati yang tabah untuk terus mengharungi kenyataan hidup yang telah ditetapkan oleh Allah buat kita. teruslah bangkit dan janganlah sesekali meletakkan setiap yang terjadi pada diri kita itu sebagai sesuatu yang akan melemahkan kita untuk terus menerus.... hidup adalah perjuangan yang kita sendiri tidak tahu sampai ke mana penghujungnya... redhakan hati agar terus tersenyum dan bahagia sehingga ke akhir hayat.... Wallahualam....

Thursday, 24 May 2012

Buat Penyejuk Hati 'Duhai Kasih'

Duhai Kasih
Aku selalu bersabar
menantikan dirimu
kerna aku sayang padamu
dengan kesungguhanku
Aku rela bersabar
Menantikan dirimu
Kerna dirimu sayang
Yang selalu ku rindu
Walau kadang hati bertanya
Mungkinkah kau dan aku
Namun bunga cinta di dada
Telah bersemi dan tumbuh
Kasih jangan buat hatiku
Patah jadi dulu
Lirik lagu dari rujukan:
Note:
Allah telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita. Islam telah meletakkan garis panduan yang lengkap seharusnya bagaimana peranan pemimpin yang dimainkan oleh lelaki. Peranan lelaki sebagai suami, ayah, abang dan anak itu adalah sebagai pelindung kepada wanita-wanita di bawah tanggungjawabnya. Antara peranan lelaki dalam melindungi wanita dan keluarganya adalah:
  1. Memastikan prinsip Islam terlaksana dalam keluarga.
  2. Menjadi teladan yang baik.
  3. Memastikan komunikasi yang baik dalam keluarga.
  4. Memastikan keluarga terhindar dari azab neraka.
"Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.." (At-Tahrim, 66:6)

Monday, 21 May 2012

Ambil Mood Dulu

Mood down skit hari nie... tak tahu kenapa mungkin keletihan terlalu byk kerja yg perlu dibuat di tempat kerja last week. Hari nie, Alhamdulillah kurang sedikit kerja utk dibuat... even ada sikit2 saki baki kerja yang perlu dibuat namun hari nie.. ambil mood rehat dulu supaya esok ada semangat sikit nak buat kerja2 yang kebiasaannya perlu dihantar buat BigBos di hujung bulan.
Taknak cakap byk sgt sekarang nie... biasalah jari jemari nie sekaligus mood taknak menaip banyak sgt... bukan tiada cerita namun biarlah rahsia... hmmm.. boleh ke taip mcm tue... hmmm.....

Wednesday, 16 May 2012

Ya Allah, Izinkanlah...

Ya Allah
Pabila diriku telah bertemu dengan seseorang
Dan daku telah jatuh cinta
Izinkanlah daku menjadi yang terbaik baginya
Dan dia yang terbaik bagi diriku

Ya Allah
Jika Engkau ciptakan dia untuk diriku
Bantulah diriku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya
Berikan daku akan kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya
Redhakan hatinya agar mencintai, mengerti, menerima segala kelemahan dan kekurangan diriku

Ya Allah
Berikanlah kekuatan & ketabahan hati buat kami agar terus yakin utk menjalani ujian dariMu Ya Allah
Agar kami terus rela dan meredhai untuk berbahagi suka duka kehidupan ini
Dan lepaskanlah kami dari rasa keraguan menuruti kasih dan kehendakMu

Ya Allah
Pabila diriku ditetapkan olehMu untuk menjadi isteri seseorang
Izinkanlah daku menjadi penyeri hari2nya
Izinkanlah wajahku menjadi kesenangan baginya
Izinkanlah mataku menjadi keteguhan baginya
Izinkanlah setiap percakapanku menjadi kesejukan baginya

Ya Allah
Izinkanlah setiap pelukan menjadi jalan untuk diriku lebih mendekat kepadaMu
Izinkanlah setiap sentuhan menjadi pengerat cinta kepadaMu
Izinkanlah setiap pertemuan menjadikan kami lebih bersyukur kepadaMu

Ya Allah
UjianMu mengajar akan diriku untuk hidup makin dekat kepadaMu
Sesungguhnya Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buat setiap hambaMu
Disetiap luka dan keraguan yang daku alami pasti ada hikmahnya
Syukurku & redhaku untuk terus menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan....

Amien....

Wednesday, 25 April 2012

Di Sebalik Tabir Hati

Di sebalik tabir hati
Ku pandang renungan mata yang amat jauh
Renungan menyembunyikan sebuah kisah yang jauh disudut hatinya sayu
Ia sayu disebalik ujian pada kesetiaan & keredhaan

Disebalik tabir hati
Ku lihat akan rintihan sebuah hati
Tergambar akan sebuah pengabadian cinta yang abadi
KasihNya ia kekasih yang terdahulu menemuiMu Illahi

Di sebalik tabir hati
Kuharap ada ketenangan di sudut hati yang sayu itu
Agar dapat dibadikan cinta dan kasih kekasih di setiap sujudmu pada Illahi
Agar dirimu tidak terus melupakan kasih kekasihmu

Disebalik tabir hati
Terasa terlalu kerdil untuk mendampingi hati yang sayu itu
'Terlalu Sulit untuk diluahkan'
Kerna ia bicara untaian antara hati dan perasaan

Di sebalik tabir hati
Ku harap tidak disesali perasaan yang dimilki
Jangan ditangisi takdir dan ujian yang dilalui
Jagalah hati-hati dan perasaan yang masih kita miliki

Di sebalik tabir hati
Tangisan dari sekeping hati buat sekeping hati yang merintih
Kadang-kadang hati merasakan akan kehadiran
Namun perasaan dan hati tetap tidak pernah menjauhkan kasihNya kekasih 'Di Awan Biru'


Nukilan : KasihNya 'Di Awan Biru'

Monday, 23 April 2012

Terlalu Sulit Untuk Diluahkan

Terlalu sulit untuk diluahkan
Terlalu kelu lidah untuk terus bertanya
Mungkinkah hati takut akan hadirnya keceriaan buat seketika
Atau mungkinkah hadirnya ia hanya sekadar kebetulan

Terlalu sulit untuk difikirkan
Terlalu banyak kenangan yang menjadi bayangan
Mungkinkah hati hadirnya keyakinan tetapi tak berdaya untuk diluahkan
Atau mungkinkah ia takdir yang harus diuji terlebih dahulu

Terlalu sulit untuk kearah kebaikanMu Ya Allah
Terlalu banyak ujianMu ku diuji dengan airmata
Mungkinkah akan berakhir kesedihan dalam hidup hambaMu ini
Atau mungkinkah ia hadir buat diriku hanya seketika....

Terlalu sulit untuk di buka ruang hati untuk diluahkan
Terlalu sedih untuk meletakkan harapan
Mungkinkah harus terus berdiam
Atau mungkinkah harus dinantikan sahaja jika ia takdir buat hambaMu
Hanya DIA yang mengetahui segalanya... Ia rancangannya kerna ku adalah hambaNya...


Nukilan : KasihNya 'Di Awan Biru'

Sunday, 22 April 2012

Cukuplah Jika Ianya Sekadar Meringankan Kesedihan Seseorangan..

Dalam hidup ini pada saya cukuplah jika dapat saya meringankan kesedihan seseorang... bukan mudah untuk meharungi hidup setelah perginya kasih yang terdahulu menemuiNya... takdir yang telah tersurat buat kita dan bukan semudah mata yang melihat berbanding kita yang melalui ujian ini... perginya mereka yang kita rindui buatkan kita sedar bahawa ianya hanya pinjaman buat kita sebagai hambaNya...

Saya percaya kita takkan dapat menghilangkan kesedihan yang dihadapi oleh yang 'berduka' itu. Cukuplah sekurang-kurangnya saya boleh memberi ketenangan serta sokongan bagi beliau terus yakin akan jalan yang harus dilaluinya...

Kadang2 bila difikirkan balik tak semua hambaNya akan diberi ujian sebegini... yakinlah wahai yang 'berduka' Allah memilih kamu kerna dia yakin kamu dapat mengharunginya dengan sebaik2nya...

Kesedihan akan kehilangan sememangnya mengambil masa yang lama... kita takkan menjangka bila akan kesedihan itu berakhir... hati selalu berkata duka ini membuatkan kita terkenang akan kebahagiaan lalu dan mengapalah bahagia itu tidak diteruskan sehingga kita menutup mata... dan mengapa kita harus melalui kehilangan ini...

Namun saya harap diberi pada yang sedang atau baru melaluinya terus tabah, bersabar dan sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan hati utk terus menerima kenyataan yang telah menjadi takdir buat kita utk bersendirian tanpa yang di kasihi... 'Mestiku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepadaMu, namun cinta dalam jiwa, hanyalah padaMu'.... hanya Allah tempat untuk kita mengadu... bersujud padaNya dan berdoa... semoga hadir kebahagiaan yang terbaik buat kamu... InsyaAllah... Aminnn....

Redakanlah kesedihan itu dengan airmata... pada saya tidak perlu dihalang airmata itu.. yang sedang 'berduka' itu perlu untuk menangis... hati saya kuat merasakan dia sedang melalui sangat2 yang paling sukar buatnya untuk melaluinya... semoga berhentinya tangisan dari yang sedang 'berduka' itu akan bangkitkan semangatnya untuk kuatkan hatinya supaya terus tabah mengharungi ujian2 seterusnya yang kita mahupun yang 'berduka' itu sendiri tidak ketahui bila & bagaimana ujian yang harus dilaluinya...

Biarkan 'berduka' itu 'berdiam seribu bahasa' pada saya itu adalah yang terbaik kerana tidak perlu memaksa... setiap manusia ada hak untuk berdiam... saya percaya akan sampai satu masa dia akan bersuara dan keluar dari rasa sunyinya itu.... kata orang tua2 'berdiam lebih baik dari bersuara' itu maksudnya seseorang itu ada sebabnya utk berdiam utk seketika.... bukan bisu tetapi saya yakin dia sedang mencari & sedang cuba memulihkan semangatnya yang hilang akan kasihnya itu...

Pada saya jika kita mahu memulihkan semangat akan kehilangan ini ada baiknya luahkan kesedihan itu pada seseorang selain kita bersujud padaNya... Cukuplah Jika Ianya Sekadar Meringankan Kesedihan Yang sedang Dilaluinya' .... yang sentiasa cuba memberi sokongan dan sharelah pengalaman itu bersamanya... jangan difikirkan hanya kita shj yang sedang bersedih tetapi sematkan lah dihati bahawa ' Ya Allah....Kini aku yakin bahawa bukan aku shj yang sedang diuji olehMu '....

Percayalah dan yakinlah dihati bahawa kesedihan bukan bermaksud kita dikejatuhan dan sematkanlah dihati bahawa kebahagiaan tidak perlu dinanti tetapi carilah kebahagian itu dengan sebaik2nya demi diri mengecapi kebahagiaan hingga ke hujung nyawa.... Hargailah apa yang kamu miliki disaat itu..

Kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu mahupun untuk mengubah akan sebuah kisah yang lalu. Namun jika Allah mahu kelmarinmu sempurna.... Dia tidak perlu mencipta hari ini....

Akhirilah hari2 itu sebaik2nya... kerna kebahagiaan itu tidak ditentukan oleh orang lain tetapi oleh dirimu sendiri... kuatkan hati... pastikan apa yang telah kamu lakukan pada hari ini akan menentukan kamu terus bahagia di masa depanmu...

Kebahagian adalah milik kepada mereka yang mempunyai impian... dan punya keberanian untuk berusaha untuk menjadikan ianya kenyataan... so jangan give-up.... nie dah panjang lebar dah menaip nie... kalau exam SPM nie conform A+....

Ngantuk nak lelap dulu esok sambung... tapi tajuk ape yer... hmmm.... zzzzzzz....


Takmau Menangis...

Minggu nie ada mak... dapat juga tidur dgn mak 2 hari nie... lama tak tidur dgn mak. Terima kasih mak... terima kasih kerana tak henti2 memberi nasihat dan dorongan utk anak mak teruskan liku2 hidup ini... Minta maaf mak sebab susahkan mak sehingga hari nie... saya tahu mak menangis malam semalam tgk saya tidur sebelah mak.... kita sama2 simpan sedih yer mak tue sebab abah kata saya & mak sama pandai simpan rahsia...

Hari nie... seperti biasa niat dihati nak jogging tapi disebabkan kecederaan lalu di bahu kanan sakit semula dan terus buatkan niat utk jogging postpone ke pagi isnin.. harap2 sakit tak berulang lagi...

Malam nie sakit berulang kembali... hujan pulak malam nie... bahu semakin kerap sakit... masa driving tadi pon tahan sakit... kalau jumpa doktor nie conform minta buat ROM... apapun tunggu la doktor yer... selalunyer doktor bagi date kat patient nie dah terbalik patient yang request date... hmmm.... camner tue...

Esok harap2 sakit berkurangan sebab esok busy day... semoga dipermudahkan segala urusan saya... Amin....

Saturday, 21 April 2012

Bagaimanakah Hari2 Itu pasti akan sentiasa Indah??

Hari2 pasti akan saya pastikan ianya indah utk saya lalui agar saya terus tersenyum.. pada saya jika kita benar2 menghargai masa dan siapa sahaja disekeliling kita pastikan kita takkan terus menerus bersedih.

Gunakan masa yang ada bersama mereka... jgn difikirkan kesedihan & kesepian hidup tanpa kasihNya dia kekasih 'Di Awan Biru'.... ia adalah takdir yang telah tersurat buat kita dan nyatanya kita harus melaluinya tanpa mereka.

Saya pasti setiap apa yang kita lakukan pada hari ini adalah yang terbaik buat mereka tak kiralah pada ibu bapa, anak2 mahupun org lain... cukup lah sekadar melepaskan lega melihat mereka tersenyum gembira.... Kemudian di malam hari kita pasti akan terfikir hari ini adalah hari terbaik yang telah kita lakukan demi melindungi kekurangan & kesepian hidup yang kita lalui sekarang....

Hari2 saya terfikir bagaimana & apa yang saya harus lakukan supaya saya tidak akan terasa kesepian hidup tanpanya... bohong jika tidak hadir kesepian itu. Ada masa saya tak tahu ke mana saya pergi... ke mana fikiran saya... ada kala tiba2 airmata mengalir kerana rindukan kenangan2 manis lalu... Indahnyer jika Allah memberi peluang itu kembali kepada saya ..... Mungkinkah ada kebahagiaan itu lagi buat saya ini... sayunyer hati. Namun semuanya sudah takdir sebagai hambanNya... saya hanya perlu berdoa dan berharap semoga hadirlah kebahagian itu buat saya...

Sekarang ini seperti tahun2 yang sebelumnyer tidak pernah sedikit saya abaikan setiap yang diamanahkan.. walaupun kadang kala kesedihan namun semuanya takdir buat saya... saya harus mengharunginya demi anak2 tersayang... merekalah teman saya diwaktu ini dan semoga segalanya adalah yang terbaik buat kami... hilangkan kesedihan dan airmata yang menjadi rahsia hidup ini... semoga akan hadir yang terbaik sebagai teman yang memahami akan kesedihan lalu....

Hari nie.. balik shj dari jogging... balik jer ke rumah tgk anak2 dah bangun siap sengih tgk mummy buka pintu.. nampak sgt selalu tggu mummy he3... nak ajak anak2 jogging awal pagi tue rasanyer tak sesuai sbb dah tahu dah jap lagi bukan jogging lagi dah... jadi polis peronda tgk mereka berlari entah ke mana jap gie...

Menu breakfast pagi nie cucur tepung dgn ikan bilis... tgk anak2 makan sampai tak sempat sejuk kat pinggan satu2 cucur hilang dari mangkuk... hmmm...

Hari nie PG dah siap tanyer 'mummy hari nie kita nak pergi mana??' hmmm... hari nie kita duduk rumah jer la yer.. mummy nak rehat next week kita jalan2... petang nanti kita gie minum petang di kedai belakang apartment kita yer... he3...