Monday, 26 December 2011

Kasih Kekasihnya di awan Biru

Alhamdulillah..

Akhirnya saya kembali semula di tempat yang sebenar2nya buat saya. Syukur padaNya dan biarlah kali ini.. blog ini hanya buat pada mereka2 yang benar2 menerima seadanya kami. Menerima siapanya penulis blog ini... kerana 'Kasih Kekasihnya Di Awan Biru'.

Dihati ini masih ada dia yang di awan biru.. kekal abadi di hati. Kekuatan dan ketabahan hati ini semuanya dipelajari dari suami yg amat menyayangi diri ini... Dia yang terdahulu menemuiNya. Hanya Allah yang mengetahui bgmn rindunya pada kasih kekasihnya ini.

Hanya Dia Yang Maha SegalaNYA mengetahui bgmn hambaNya ini melalui liku2 hidup ini. Namun syukur & redha ini tidak pernah putus kerana dariNya jua hambaNya ini sentiasa diberi petunjuk bagi kemudahannya dalam mengharungi hidup ini.

'Cintaku bagai embun pagi hari.. disirami, dihiasi sinarnya mentari. Cintaku takkan mungkin ternodai walau hujan badai dtg mengganggu cintaku satu'

Note:
Carilah cinta kerana Allah. kerana cinta itu abadi hingga ke hujung nyawa. Sirami cinta itu dgn kejujuran dan keikhlasan dihati.. agar hadir kebahagiaan yang abadi sampai akhir nanti.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.